Kuala Lumpur sememangnya mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi samada secara berkumpulan atau keluarga. Antara tempat menarik yang amat bersesuaian dikunjungi terutamanya bersama keluarga adalah Taman Botani Perdana ataupun Lake Garden. Taman Botani Perdana terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dilawati seperti Taman Burung, Taman rama-rama, Taman Orkid, Taman Bunga raya, Muzium Polis, Muzium Negara dan Tugu Negara.
Taman Botani Perdana
Terdapat banyak lokasi menarik untuk dilawati disini. Sehari suntukpun belum tentu habis.
Taman Burung KL
![]() |
Taman Botani Perdana |
Taman Burung KL
Bagi peminat burung jangan lupa berkunjung ke sini. Pelbagai spesis burung yang menghuni taman ini dari spesis ayam hinggalah ke burung unta dapat anda lihat. Anda juga boleh mengikuti program memberi makan burung dan pertunjukan burung.
Menempatkan pelbagai spesis rama-rama yang bewarna warni dan pelbagai saiz.
Taman Orkid Kuala Lumpur
![]() |
Taman Rama-rama |
Terletak berdekatan dengan Taman Rama-rama dan Taman Burung. Terdapat lebih 800 spesis orkid ditanam disini(sumber wikipedia). Bagi peminat orkid, mereka boleh membeli pokok orkid hidup untuk dijadikan buah tangan. Taman Bunga Raya pula terletak bersebelahan dengan Taman Orkid. Amat sesuai untuk memperkenalkan kepada anak-anak kita pelbagai spesis bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan kita.
![]() |
Taman Orkid Kuala Lumpur |
Planetarium Negara
![]() |
Planetarium Negara |
Muzium Polis Di Raja Malaysia
![]() |
Muzium Polis Diraja Malaysia |
Masjid Negara
![]() |
Masjid Negara |
Dataran Merdeka
Tempat ini kerap dikunjungi pada hujung minggu dan juga waktu malam tak kira golongan muda mudi ataupun keluarga. Selalu dijadikan tempat acara rasmi seperti Hari kebangsaan, Maulidul Rasul, Ambang Merdeka, Ambang tahun Baru, kejohanan kriket.
Bangunan Sultan Abdul Samad
![]() |
Dataran Merdeka |
Letaknya berdepan dengan Dataran Merdeka dan dipisahkan oleh Jalan Raja. Merupakan bangunan yang mempunyai senibina yang cukup menarik. Pemandangan pada malam hari juga cukup indah bila bangunan ini diterangi dengan lampu-lampu. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah dan pejabat-pejabat kerajaan yang lain.
Terletak di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur. Muzium menceritakan sejarah telekomunikasi di Malaysia bermula penghujung abad ke 19 hingga kini.
Muzium ini amat sesuai untuk kita bawa pelajar-pelajar bagi mengenal sejarah telekomunikasi. pelbagai peralatan telekomunikasi di pamerkan seperti ibu sawat telekom, telefon dari dulu hingga kini dan sebagainya.
![]() |
Telefon lama |
![]() |
Muzium Telekom -welcome |
Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan tertinggi di dunia sehinggalah ianya diambil alih oleh Taipei 101 yang siap pada tahun 2004. Menara ini mempunyai ketinggian 88 tingkat dan terdapat sebatang jejantas menghubungkan kedua-dua menara ditingkat 41 dan 42.
Menara ini menjadi tumpuan pelancong luar dan juga penduduk tempatan. Di dalamnya terdapat pelbagai tempat menarik untuk dilawati seperti Aquria yang menempatkan pelbagai jenis ikan. Bagi kaki shopping pula pelbagai barangan mewah dan eklusif dijual disini.
No comments:
Post a Comment