Sunday 16 September 2012

Kuih Kole Kacang



Resepi dikongsi daripada Che'Iza - MyResepi.com

Bahan-bahan:
1 cawan santan pekat #
1 cawan gula merah *
2 sudu besar gula pasir *
1 cawan air *
Beberapa helai daun pandan - simpul *
2 cawan santan
1 cawan kacang hijau
secubit garam


Cara-cara:
1.  Masak 1 cawan santan pekat(bertanda #) sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ketepikan tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali.
2.   Masak bahan bertanda * sehingga gula larut, sejukkan dan ketepikan dulu.
3.  Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah yang telah disejukkan tadi ke dalam satu bekas, kacau hingga sebati.
4.   Masukkan adunan tadi dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dalam bekas atau loyang.
5.   Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, tapi terlebih dulu taburkan dengan tahi minyak.
6.  Saya telah cuba resepi ini semasa bulan ramadhan yang lalu.  Tapi saya tak buat tahi minyak. Walaupun tanpa tahi minyak tapi rasa kuih kole kacang tetap original coz rasanya datang daripada kacang hijau. Disamping itu, kurangkan lemak beb...







Kuih Kole Kacang
Kacau dalam periuk, kacau jangan berhenti hingga pekat.
Kuih Kole Kacang
Dimasukkan ke dalam dulang


Kuih Kole Kacang
Siap di potong

Rumah Terbuka

Minggu ini cuti 3 hari. Hari Malaysia 16 Sept. So Isnin dapat la cuti. Maka makin meriahlah rumah terbuka. Mula Sabtu  sampaila ke hari Isnin. Hari Sabtu aje ada 3 rumah terbuka. Kebanyakan rumah terbuka tu daripada office husband la.. Aku ikut aje. Kadang-kadang macam orang bodoh aje. Tak kenal sape-sape... Ambil makanan dan makan. Kalau terjumpa sapa-sapa yang sudi nak bercakap maka ada la jugak geng nak bercakap. Contohnya, isteri-isteri yang ikut suami tapi tak kenal sape-sape..So kamipun bolehlah bukak sembang. Tapi kalau tak ade, makan dan senyum aje le dengar geng-geng office bercakap. Nak masukpun tak ada point.

Kadang-kadang bosan jugak ikut function suami. Tapi kalau tak ikut pulak, jadi tak sosial la pulak. Macam kera sumbang aje dok kat rumah. Anak-anak tak kisah kalau ikut. Dia orang boleh buat hal masing-masing tak ada siapa nak kisah.

Rumah terbuka ni memang la baik. Tapi kalau terlebih makan maka musibah juga yang datang. So kalau pergipun maka berpada-pada la makan.  Jangan hentam semua.
Itu aje la.. Rasa malas pulak nak menulis.