Sunday 29 July 2012

Resepi Daging Goreng Kunyit


Daging Goreng Kunyit By MisRasa
Daging Goreng Kunyit Siap Dihidang
Daging Goreng Kunyit By MisRasa
Daging Goreng Kunyit sedang dimasak
Bahan-bahan

Daging 1/2 kg - potong nipis
Bawang besar l biji
Lobak merah 1 batang
Cili api 6 biji (sebiji-sebiji  supaya nampak cantik)
Kacang buncis 10 biji (dipotong ikut suka)
Halia 1 inci
Kunyit 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara membuat:
Masukkan daging yang telah dibasuh ke dalam periuk/kuali
Masukkan halia yang telah dipotong
Tambah air lagi sekiranya daging belum empuk(tutup periuk kalau nak cepat daging empuk)
Bila daging empuk dan air hampir kering, masukkan minyak, kunyit dan garam serta kacau biar sebati
Masukkan lobak merah dan biar empuk sekejap, masukkan kacang buncis, bawang dan cili api, kacau dan angkat untuk dihidangkan.

Kerja versus suri rumah

15 Jun 2012 adalah tarikh yang sentiasa aku ingat kerana pada tarikh inilah aku mula bercuti tanpa gaji. Keputusan yang telah aku fikirkan hampir setahun untuk aku putuskan. Lamakan. Pelbagai sudut perlu aku fikirkan. No 1. Mestilah duit untuk bayar hutang. No 2 duit juga untuk support sikit-sikit belanja dapur. Tapi akhirnya tetapku putuskan .. Cuti tanpa gaji. Terima kasih banyak kepada bos aku yang sudi meluluskan cuti ini.

Ah alangkah lapangnya fikiran. Bangun pagi tak payah stres untuk pergi kerja. Cuma stres nak hantar anak ke sekolah sahaja. Kereta banyak bersilang-silang. Nak ke depan susah dan ke belakang susah, nak u turn lagi susah. Tapi setelah aku mendapat aku buat beberapa percubaan dan pertimangkan sapa dulu yang perlu aku drop maka semua stres hilang.

Kehidupanku  sebagai suri rumah di bandar BBB, ini consider busy jugak.  Canggih gitu. Hantar anak dengan GLv. Start pagi hantar anak ada 3 check point. pukul 10 pagi pick up anak, pukul 12.30 thg hantar anak pass tu pick up pulak anak sekolah menengah. Pukul 3 hantar anak tusyen, pukul 5 pick up anak balik tusyen, pukul 5.30 ptg ambil anak dari sekolah petang. Ha itu belum masuk bab-bab, memasak, mengemas, ke pasar dan lain-lain. Selalunya start pagi hinggalah menjelang tengah hari, tak menang tangan aku. Selepas pukul 1 baru boleh rehat.

Yang syoknya aku dapat menyajikan masakan hasil air tangan sendiri untuk anak-anak dan suami. Disamping itu boleh coach anak-anak belajar. Baru aku sedar yang si bongsu habis separuh buku dah hilang. Teruknya aku. Orang lain juga kerja tapi tak ada le macam tu !!!!. 

Yang tak syoknya duit tak masuk. Pakai la dulu mana yang ada. Tak boleh imagine kalau duit dah kering. Boleh mati kutu aku. Nak kerja semula... Dah sedap cuti, tak sanggup rasanya nak kerja sebelum tempoh yang dijanjikan sampai...