Wednesday, 1 August 2012

Tom Yam Sea Food

Keluarga aku memang sukan makan tom yam terutamanya sibongsu. Setiap kali makan kat luar mesti order menu ini. Now aku dah banyak masa kat rumah. Sekadar nak buat tom yam tak ada masalah punya. Kuantiti tu pulak nah kalau order nak la rasanya 50 ke 60 ringgit. Resepinya mudah sahaja.
Ini hasil air tangan aku dalam bulan ramadhan ini.

Tom Yam Sea Food By MisRasa
Tom Yam Sea Food sedang dimasak

Tom Yam Sea Food By MisRasa
Siap dihidang

Bahan-bahan :
2 paket perencah tom yam adabi
1 batang lobak merah
3 pelepah batang celery
3 biji bawang besar
2 biji tomato saiz besar
8 biji cili api
400 gram udang
400 gram sotong
3 batang serang dititik
4 helai daun limau purut di koyak-koyak
4 biji limau nipis diambil airnya
garam secukup rasa

Cara buat:

Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan perencah tom yam.
Air ikut suka nak pekat atau cair tom yam.
Potongkan lobak merah, batang celery, bawang dan tomato ikut suka.
Masukkan serai, daun limau purut dan air limau nipis.
Tunggu hingga mendidih masukkan lobak dan batang celery terlebih dahulu.
Diikuti udang + sotong .
Tunggu dalam 2-3 minit masukkan pula tomato dan bawang. 
Masukkan garam dan rasa. Jika kurang masam tambahkan air perahan limau nipis lagi.
Dalam 4- 5 minit angkat dan hidangkan.





 

No comments:

Post a Comment