Minggu ini cuti 3 hari. Hari Malaysia 16 Sept. So Isnin dapat la cuti. Maka makin meriahlah rumah terbuka. Mula Sabtu sampaila ke hari Isnin. Hari Sabtu aje ada 3 rumah terbuka. Kebanyakan rumah terbuka tu daripada office husband la.. Aku ikut aje. Kadang-kadang macam orang bodoh aje. Tak kenal sape-sape... Ambil makanan dan makan. Kalau terjumpa sapa-sapa yang sudi nak bercakap maka ada la jugak geng nak bercakap. Contohnya, isteri-isteri yang ikut suami tapi tak kenal sape-sape..So kamipun bolehlah bukak sembang. Tapi kalau tak ade, makan dan senyum aje le dengar geng-geng office bercakap. Nak masukpun tak ada point.
Kadang-kadang bosan jugak ikut function suami. Tapi kalau tak ikut pulak, jadi tak sosial la pulak. Macam kera sumbang aje dok kat rumah. Anak-anak tak kisah kalau ikut. Dia orang boleh buat hal masing-masing tak ada siapa nak kisah.
Rumah terbuka ni memang la baik. Tapi kalau terlebih makan maka musibah juga yang datang. So kalau pergipun maka berpada-pada la makan. Jangan hentam semua.
Itu aje la.. Rasa malas pulak nak menulis.
No comments:
Post a Comment