Monday 28 December 2015

Mee Udang Mak Jah Yang Menjadi Kesukaan Seisi Keluarga

Resepi ni saya buat untuk hidangan keluarga. Keluarga saya ada 7 orang ke semuanya. Semua kuat makan dan menyukai mee udang.  Semua mesti makan bertambah. Sekurang-kurang 2 mangkuk setiap orang. Hidang pulak dengan kopi o kaw..Berpeluh-peluh semuanya.

Jumlah udang pulak mesti dapat sama banyak. So masa nak beli udang tu mesti kena kira bilangan supaya semua dapat sama banyak. Selalunya kalau nak setiap orang dapat 5 ekor udang mesti beli 35 ekor, kopak juga duit kalau nak makan mee udang. Tapi puas hati.. Kalau makan mee udang yang dijual dikedai harga bagi sepinggan dekat RM10. Rasanya belum tentu sedap. 


Satu lagi tips pastikan udang berkualiti. Kalau ada satu ekor sahaja yang tak berkualiti maka keseluruhan mee udang akan rosak.

Kalau perasan mee udang selalunya tidak dimasukkan sayur-sayuran. Saya pernah cuba masukkan sayuran tetapi rasa kuah mee udang tu akan bertukar. Oleh itu bagi pengemar sayur-sayuran seperti saya, saya akan celur berasingan sayur-sayuran yang saya suka.   

Bahan-bahan:
3 paket  mee kuning -- dicelur
2 tangkai daun bawang -- di hiris halus
2 tangkai daun sup -- di hiris halus
3 biji cili merah  -- dihiris halus
3 keping tauhu  -- digoreng dan dihiris
3 biji limau nipis --  di belah
1/2 mangkuk bawang goreng --- sekiranya suka
4 biji telur rebus  -- di belah
1 mangkuk taugee -- dibersihkan dan dibuang kepala serta dicelur (kalau suka)
1 tangkai sawi – dicelur
1 mangkuk kobis dicelur

Bahan hirisan mee udang
Bahan-bahan yang dihiris dan dicelur

Bahan Kuah
1 biji bawang besar -- dikisar
6 biji bawang merah -- dikisar
2 ulas bawang putih -- dikisar 
1 inci halia -- dikisar
1 batang serai `--  dikisar
2 senduk cili kisar
2 senduk cili sos
2 senduk kicap lemak manis cap jalen  
4  ketul keledek saiz sederhana -- dibuang kulit, direbus dan di lenyek/kisar
35 ekor udang laut/galah  bersaiz sederhana
Garam dan gula secukup selera


Bahan untuk dikisar : mee udang
Bahan untuk dikisar kuah mee udang

Keledek yang dikisar :mee udang
Keledek yang dikisar

Cara Membuat kuah:
Udang dibuang janggut dan dibuang najis dan dibersihkan. Gunakan kreativiti supaya udang masih kekal kepalanya.
Rendam udang dengan air sekurang-kurangnya 1/2 jam. Air ini akan digunakan sebagai kuah. So pastikan air rendaman udang mencukupi.
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang besar/merah/putih yang dikisar hingga naik bau
Masukkan semua bahan lain yang dikisar iaitu halia/serai/cili kisar/cili sos  dan masak hingga garing
Bila terbit minyak masukkan keledek yang dikisar/lenyek
Masukkan kicap dan kacau sebentar
Masukkan air rendaman udang dan kacau untuk memastikan kepekatan kuah yang diingini. Masukkan garam dan gula mengikut selera
Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang
Jangan biarkan lama sebab udang akan mengecil dan keras. Seeloknya bila nampak kulit udang merah sudah boleh diangkat.
Hidangkan bersama bahan-bahan yang telah dihiris dan sayuran yang telah dicelur

Udang direndam dengan air :mee udang
Udang direndam dengan air 

Kuah mee udang
Masukkan cili sos

Mee udang
Hidangan mee udang




No comments:

Post a Comment