Friday 2 June 2017

Ikan Merah Masak Kukus Yang Ringkas Dan Resepi Sihat

Blog e-rasa.blogspot.com
Ikan Merah Masak Kukus


Bahan-bahan:
     1.    1 ekor ikan merah, disiang dan dikelar
2.    1 labu bawang besar di cincang
3.    1 inci halia  dihiris halus
4.    2 batang serai dihiris nipis-nipis
5.     5 biji cili api di hiris nipis-nipis
6.     5 ulas bawang putih dicincang
7.    7 biji limau kasturi @ 4 biji limau nipis
8.    Garam secukupnya

Bahan hiasan

1.    1  tangkai kecil daun bawang di hiris
2.    1 biji tomato dipotong bulat
3.   Daun salad

Cara-cara memasak:

1.    Lumurkan  ikan dengan garam dan letak di atas pinggan yang bujur
2.    Lumurkan bahan-bahan yang dihiris dan dicincang tadi; bawang besar, bawang putih, 
       halia , serai dan cili api ke seluruh ikan
3.    Perah limau nipis/kasturi dan ratakan ke seluruh ikan
4.    Sediakan periuk kukus  berisi air mendidih untuk mengukus.
5.    Lapikkan periuk pengukus dengan pinggan pengukus . Ini bagi mengelakkan air kukus 
       ikan terjatuh ke dalam air pengukus
6.    Letakkan ikan yang siap di gaul dengan bahan-bahan tadi ke dalam bekas pengukus. 
7.    Tutupkan periuk kukus dengan penutup. Stim selama 15 hingga 20 minit. 
8.    Setelah masak,  angkat segera ikan  daripada periuk kukus. Hidangkan dalam pinggan
       bujur. Tuangkan juga kuah yang terhasil daripada kukusan tadi ke pinggan,
9.    Untuk memastikan ikan benar-benar masak, cucuk ikan dengan garfu, Jika bewarna 
       putih dan tidak liat, maka ikan telah masak dengan baik.
10.  Jangan dibiar di dalam periuk kukus kerana ini akan menyebabkan ikan terlebih masak   dan isi ikan menjadi liat dan kering. 
11. Taburkan bahan-bahan hiasan untuk lebih menarik.
12. Siap untuk dimakan seisi keluarga

No comments:

Post a Comment