Monday 4 January 2016

Jalan-jalan Cari Makan di Bandar Baru Bangi



Austin Steak House Bandar Baru Bangi -Lamb Chop
Hidangan Lamb Chop

Sekiranya anda berhasrat untuk makan makanan barat silalah ke Austin Steak House di Bandar Baru Bangi. Restoren ini menyediakan pelbagai jenis makanan barat dengan harga yang berpatutan dan enak dimakan. Bagi yang berminat dengan western food dipersilakan datang. Jus buah-buahan yang dihidangkan juga mak aii gelas besar. Bercinta juga la nak habiskan segelas jus. Servis mengambil dan menghantar makanan juga tidak menghampakan. 

Restoren ini antara salah satu restoren yang tidak menyediakan TV. Sekiranya anda berhasrat untuk menjamu selera sambil menonton sila batalkan sahaja hasrat tersebut. Sebaliknya Austin Steak House menyediakan lagu-lagu ala koboi sesuai dengan konsep restoren yang menyediakan makanan barat.

Alamat  : Bangi 55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Malaysia

Jalan-jalan cari makan di Bandar Baru Bangi dan Kajang

Nasi Lemak Telur Bungkus Menu Popular di Warung Bunian
Nasi Lemak Telur Bungkus Menu Popular di Warung Bunian

Warung Bunian..namanya pelik. Mula husband yang perkenalkan. Ingatkan husband saja-saja buat lawak. Rupanya memang betul. Warung Bunian ini terletak di dalam kampung. Jalan nak ke Putrajaya melalui lorong kecil...landmark nak masuk ada gelanggang bola keranjang. Lain-lain tiada. Jadi bagi yang belum pernah ke sana kordinat GPS amat berguna. Warung ini dibuka untuk sarapan dan juga makan tengah hari. Menu  yang popular untuk sarapan ialah nasi lemak telur bungkus. Roti canai dan roti telur juga not bad. Pelayannya...jangan ingat ada pelayan bunian ya.. Sambil makan kita boleh menikmati pemandangan dan suasana kampung. Monyet/kera melompat dan bergayut di talian elektrik. Tapi jangan bimbang binatang tersebut tidak menggangu pelanggan. Cuma senyum-senyum dari jauh aje..
Satu lagi keunikan warung bunian ini ialah kalau nak datang makan tengah hari mestilah membuat tempahan. Tempahan tempat duduk.. Lauk tak payah order, siapa yang datang akan dihidangkan sahaja apa yang dimasak pada hari berkenaan. Cuma minuman sahaja yang boleh order. So kalau tak nak kecewa..wajiblah buat tempahan dulu sebelum datang. Kalau nak datang silalah ke alamat di bawah:
NO 80 A Jln Jamaluddin,
Desa Putra, Sg Merab 43000
Kajang, Selangor
Tel : 0173812246  
GPS Coordinate; 2.9087223 , 101.6928033





Friday 1 January 2016

Pajeri Terung Yang Ringkas Dan Cepat



pajeri terung yang ringkas
Pajeri Terung
Bahan-bahan:

5 ulas bawang kecil -- dikisar kering atau dimayang
2 ulas bawang putih -- dikisar kering atau dimayang
1 inci halia -- dikisar kering atau dimayang
1 batang kulit kayu manis
1  kuntum bunga lawang
2 senduk rempah dibancuh bersama 1 dan 1/2 cawan air
2 senduk kerisik/1 paket kerisik bancuh bersama rempah
1 paket santan
3 biji terung dipotong dan dihiris-hiris seperti gambar dibawah
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan tumisan
Bahan untuk tumisan


Terung yang siap dipotong
Terung yang siap dipotong 

Tumisan yang telah dimasukkan rempah dan kerisik
Tumisan yang telah dimasukkan rempah dan kerisik

Cara memasak:

Tumiskan bahan yang dikisar bersama bunga lawang dan kulit kayu manis.
Bila naik bau masukkan rempah dan dan kerisik.
Kacau hingga pecah minyak
Masukkan santan dan tambah air mengikut kesukaan. Jika suka pekat masukkan sedikit air sahaja.
Masukkan garam dan gula.
Bila mendidih masukkan terung dan biarkan hingga terung empuk dan kuah meresap ke dalam terung.
Tutup api dan pajeri terung siap untuk dihidang.

pajeri terung
Pajeri terung yang ringkas