Friday 28 December 2018

Cara Pengiraan Dividen ASB 2018

Permodalan National Berhad telahpun mengumumkan dividen dan bonus ASB bagi tahun 2018 iaitu dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit. Ramai yang kecewa dengan peratus yang diumumkan walaupun sudah dijangka bahawa  kebarangkalian dividen bagi tahun 2018 adalah rendah melihatkan senario semasa.

Tetapi setelah dilihat formula bagi pengiraan dividen dan bonus yang diumumkan oleh PNB iaitu pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi 12 bulan dalam tahun kewangan dana tersebut.



  • Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • BMB baki setiap bulan perlu ditentukan dahulu bermula Januari  sehingga Disember (12 bulan)
  • Jumlah BMB = BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya 
  • Purata BMB  = Jumlah BMB  dibahagi dengan 12 bulan 


Disini saya berikan contoh pengiraan dividen dan bonus yang berkenaan:


e-rasa.blogspot.com


Walaupun kadar bonus yang diberikan adalah 0.50 iaitu sama seperti tahun 2016 dan 2015 namun formula pengiraannya bagi tahun 2016 adalah berbeza dimana jumlah bonus dikira seperti berikut:

Jumlah bonus = (Jumlah baki minama bulan Jan 2007 hingga Disember 2016)/120 bulan x kadar bonus

Jadi walaupun kadar dividen agak rendah tetapi  penyimpan ASB agak bernasib baik memandangkan cara pengiraan bonus  tahun 2018 memberikan  pulangan yang agak memuaskan.