Sunday 13 July 2014

Ikan Kembung Bakar Cicah Air Asam Gaya Orang Utara



Ikan Kembung Bakar Cicah Air Asam

Cara membuat ikan bakar:

(1)6 ekor ikan kembung disiang dan dibersihkan
(2)Ikan  merah dilumurkan dengan garam
(3)Lumurkan sikit minyak ke dalam pemanggang ajaib
(4)Aturkan ikan dalam pemanggang ajaib
(5)Panggang hingga masak




Bahan-bahan untuk membuat air asam

(1)2 biji bawang besar
(2)2 biji bawang merah
(3)3 biji cili besar
(4) 5 biji biji cili api
(5) 1 biji tomato
(6) garam secukup rasa
(7) gula secukup rasa
(8) semangkuk air perahan asam jawa yang pekat


Cara membuat sambal atau aku panggil air asam

Bahan (1) hingga (5) dibersihkan
Bawang  besar dan merah dibesarkan dan dipotong-potong kasar.
Cili merah dibuang biji dan dipotong kasar
Cili api dipotong 3
Tomato dipotong dadu atau sukahati
Masukkan bawang, cili merah dan cili api dalam blender kering
Blender jangan sampai lumat
Masukkan dalam bekas/mangkuk
Tuangkan air asam jawa, letak garam dan gula dan masukkan tomato yang dipotong dadu atau mengikut cita rasa tadi
Gaul hingga rata
Lagi sedap jika simpan dulu dalam peti ais sekurang-kurang 3 jam
Hidangkan dengan ulaman kampung

Ini adalah salah satu menu yang mendapat sambutan dari anak-anak. Mudah disediakan dan cepat. Menu ini juga sihat dan baik untuk kesihatan. Tidak menggunakan minyak.


Tuesday 14 January 2014

Review Novel:I Love You Stupid (ILUS) By Melur Jelita Keluaran Karya Seni

Aku telah membaca ketiga-tiga novel oleh Melur Jelita. Tiga-tiga aku suka  sangat-sangat. Tetapi antara ketiga-tiga novel tu I love You Stupid jatuh dalam carta nombor satu novel Melur Jelita yang aku tersangat la suka. Macam-macam rasa ada bila membaca novel ni. Sedih, kelakar, angau, rasa terimbau ke tempat yang dibaca, insaf, bangga, takut dan segala macam rasa ada. Nak tau baca la sendiri. Bagi you all yang dah baca, faham kan apa yang aku cuba sampaikan. Membaca novel ini mengembalikan nostalgia dulu-dulu....

I love you stupid: mawar
ILUS:Mawar
 
I Love You Stupid - Bunga ..Sexy
ILUS : Bunga purple
Zaman semasa aku kecik-kecik dulu. Zaman kesusahan. Zaman yang penuh gelap gelita tetapi penuh keceriaan bagi kanak-kanak seperti aku pada masa tu. Bayangkan masa tu kalau nak melepas, melepas aje dalam semak,  nak  makan ikan kena pancing , beras kena la tanam padi tapi yang banyaknya beli la.. yang kami tanam tu tak cukup. Sayur kutip aje tepi sungai. Nak makan telur bela ayam atau itik. Bila  malam pakai aje pelita minyak tanah.

Aku boleh katakan banyak cerita kesusahan dikemboja tu  pernah aku lalui. Cuma sungai mekong tak ada. Tapi kat kampung aku ada sebatang sungai yang sederhana luasnya. Tak kecik dan tak besar dan tak la dalam sehingga boleh ada perahu. Rakit ada la tupun diikat dengan tali di kedua-dua belah. Guna untuk menyeberang ke sebelah tebing satu lagi. Tupun dibuat oleh pak long tahir yang ada kebun seberang sungai. Senang dia nak ulang alik. Tak basah kain pelikat yang dia pakai. he he...

Masa aku umur dlm 7 ke 10 tahun  kami sekeluarga masih melepas dlm semak. Tapi bukan merata-rata ya. Port tu dah dikenalpasti. Dan longokan tu makin hari makin bertambah dan akhirnya jadi baja tanah...
Malam2x cam mana?  Kejut mak. Lampu torch light ada. Apalagi cangkul aje tepi rumah. Dah siap tutup balik. Pokok2x sekelilingpun subur aje. Baja free.

Tak lama lepas tu keluarga aku upgrade sikit bab-bab melepas ni. Kami melepas kat parit ataupun org sekarang panggil tali air yang membekalkan air ke sawah. Parit ni kecik aje. Sebab bendang kat kampung aku bukannya luas sangat. Setiap keluarga ada dalam 4 petak. Mak aku santau aje kayu kat parit tu. Lepas tu dilitup dengan daun kelapa. Part ni memang seronok. Masa melepas tu mesti pandang bawah. Mengapa?  Sebab masa aku melepaskan ketulan-ketulan emas tu, masa tu ikan beras campur ikan sisik berebut-rebut ketulan emas yang aku lepas. Fuh..seronok sungguh masa tu.

Lepas tu upgrade lagi acara melepas ni. Kami pakai  tandas yang dikorek lubang macam buat perigi. Yang ni lagi best. Sambil buang wajib pandang bawah. Oooo lupa nak cakap. Di atas lubang tu dibuat macam pondok kecil. Dinding dan ada atap sekali. Sudah semestinya ada lubang kat lantai tu ya..Kegunaannya mesti you all tau kan. Sambil buang sambil pandang bawah..plup..plup bila jatuh..Ulat ada juta2x..bunyinya...huh tak ingat dah cam mana bunyi ulat kat bawah tu...konsep tandas ni tak sama ngan dlm semak tu ya..contents makin bertambah dan makin lama pekat cam adunan tepung tapi ada juta2x ulat.. sapa yang pernah lalui boleh paham la.  Dulu seronok kalau sekarang eee geli geleman. He..melayu mudah lupa.

Sungai kat rumah aku memang menjadi  sumber makanan penduduk dikiri kanan sungai. Tebing sungai  pulak ada pokok buluh. Acara cari rebung dan berkelah ditepi sungai sudah semestinya. Sekampung bawak periuk belanga dan masak disitu. Ikan pancing aje kat sungai. Umpannya cacing yg dikorek ditepi sungai. Ikan yg plg senang dapat ikan telan(sebut betul-betul ya, telan, macam sebut tengok). Ikan telan ni adik beradik atau sedara  belut. Ikan haruan dan ikan sungai yg lain pun dapat jugak tapi saiznya kecik2x la. Aku memancing kat tepi tebing yg berselut sebab tu ikan telan senang dapat. Abang aku  pulak menjala dan menembak. Dapat la ikan kelas tinggi sikit iaitu lampan yg besar2x.You all semua mesti tak tau apa itu menembak disungaikan.. Pakai senapang la.. Tapi senapang nya dibuat drp kayu dan anak panahnya dibuat daripada besi yang ditajamkan. Hulu besi tu dibuat macam mata anak panah. So beli tembak ikan ikan akan terlekat dan tak terjatuh daripada anak mata panah. Nak menembaknya tu mesti la kena selam. So masa tu budak-budak lelaki kampung semestinya pakar dalam selam menyelam ni. Kalau tak pandai menyelam dan berenang bukan budak lelaki jati namanya. Lama  juga la nak selam dan cari port ikan tu. Tau-tau timbul ada ikan kat hujung anak panah. Masa tu tak ada sapapun  masuk kelas menyelam tapi pandai sendiri.

I Love You Stupid: Bunga..Sexy
I Love Stupid : Bunga.. Sexy



Ikan kalau dah lebih buat pekasam atau ikan kering. Sayur pucuk paku. Petik aje tepi sungai atau masuk kebun getah yg ada paya mesti banyak pucuk paku. Pokok ubi kayu juga mak aku tanam. Kangkung senang hidup. Belambak tepi rumah. So masa tu kalau bab makan minum tu sebenarnya tak ada masalah. Walaupun susah budak-budak cukup protin dan zat-zat daripada ikan, sayuran dan buahan kampung. Tanah subur. Mak aku memang ada tanah tapak rumah dan bendang.

Masuk hutan ambil daun nipah. Memang pernah.  Menakik dan menebang. Pernah. Cara budak-budak la. Usung bawa balik rumah. Pernah. Bab buat atap tu aku tak ingat sangat. Makan buah yg rasanya hayai bila minum air.  Pernah. Tak  ingat buah apa.
Rumah pakai pelita minyak tanah. Tak ada jam. Tapi ada radio buruk. Nak pergi sekolah ikut jam radio sahaja. Bawah rumah bela itik dan ayam. Bangun pagi ngintip ikut celah lantai nampak putih-putih yeee ada telur. Lompat turun daripada dapur. Masuk bawah rumah..angkat itu telur...lawan rebut ngan adik.  Baunya...alah dah biasa harum aje.. masa tu. Oh ya itik juga bertelur dlm bendang. Yang ni aku teringat mypi. Bila jumpa telur tu dah tak elok.  Ni selalunya itik bebal. Orang suruh dia betelur dalam reban (bawah dapur rumah aku) dia pi melepas dalam bendang. 


I Love You Stupid - Bunga teratai
I Love You Stupid : Bunga Teratai
Ikan laut jarang dapat rasa. Duit tak cukup. Ayam yang mak aku bela tu selalu jual aje.  Selalu jual dekat-dekat nak raya. Mak buat modal beli kain untuk buat baju raya. Nama cina yang beli ayam tu Ah Kow. Datang bawak basikal. Ada sangkar kat belakang basikal.  Jual ayam selalunya waktu malam. Sebab mudah tangkap. Ayam masuk reban. Mak jarang sembelih ayam. Kalau adapun time raya. Time2x lain ada sekali sekala. Kalau dapat makan ayam maknanya tu dah makan mewah. 

 Pergi sekolah pakai payung daun pisang. Tak sampai sekolah lagi dah basah kuyup. Tak adanya bapak aku nak hantar. Bertuah la budak sekarang. Anak2x aku la. Sekolah punya la dekat. Lompat kijangpun sampai, tapi berambil dan berhantar pakai kereta. Bapak aku dulu ada basikal buruk aje. Tupun tak merasa naik basikal tu. Jalan aje tiap-tiap hari. Budak lainpun sama. Aaaa ni nak cerita bab kat sekolah pulak. Kat sekolah  ada jual ais kepal. Warna hijau campur merah. 5 sen ke 10 sen dah tak ingat. Itupun kadang2x kalau diberi belanja. Sedap...masa tu la..
I Love You Stupid - Alam
I Love You Stupid : Air Terjun
Banyak lagi..aaaa. Lagi satu, seingat aku mak aku selalu  masak sayur ikan, bakar ikan je. Kalau sekarang anak-anak aku panggil sup ikan. Sebijik cam mak Firman. Tapi mak aku suka tumbuk cabai untuk makan ngan ulam. Masa tu cabai campur aje dengan buah macang ke, pelam atau kalau tak ada campur dengan asam belimbing buluh bakar atau rebus atau paling koman campur asam jawa. Masa tu seingat aku tak ada pulak belacan-belacan ni. Ha ikan bakar selalu jugak mak aku campur dengan cabai tumbuk pas tu cicah ulam. Sos-sos ikan macam mak Firman buat tu tak ade la. Tapi lebih kurang aje... kan.  Ulam memang wajib. Seingat aku la, ada macam-macam

I Love You Stupid - Bunga Kantan
I Love You Stupid : Bunga Kantan
jenis ulam. Ulam mentah dan ulam rebus.  Pucuk putat, pucuk pegaga, pucuk genuak, pucuk janggus, ulam umbuk tepus. Itu hanya sebahagian saja ya. Kalau ulam celur atau rebus pulak macam-macam kangkung rebus, pucuk ubi rebus, pucuk paku rebus, ulam betik muda rebus, rebung dan banyak lagi la ulam-alam tradisional yang akupun dah lupa nama. Pasal jarang-jarang dapat kat KL ni.  Oh ya kari jugak favorate dish kat rumah aku masa tu. Kelapa atau nyok senang dapat. Pokok keliling rumah. Ya.. sekarang baru aku ingat kenapa muka aku kekal JELITA dan tak berjerawat .  Ini mesti berkat pemakanan sihat yang mak aku terapkan masa kecik-kecik dulu. Tapi bila dah besar, mengajipun pandai sikit daripada adik beradik lain akupun dah merantau keluar daripada kampung. Jumpa makanan-makanan mewah. Lama-kelamaan amalan pemakanan sihat yang mak aku terapkan semakin aku lupakan.  Dah tak pandang masak air. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak kembali ke asal. Tahu apa sebabnya.. darah tinggi..so apa masakan yg paling sesuai ..dah tentu-tentu masak sup ikan yang ada dalamnya serai, bawang, halia atau lengkuas dan asam keping. Ulam-ulam segar perlu banyakkan. Apa sangatlah ulam yang jumpa di KL ni, ulam pegawa, pucuk tenggek burung.Itupun kena cari kat pasar malam. 

Ikan telan dah x lalu makan. Ikan haruan juga. Sebab apa.. balik kampung tengok ramai yang jadi penternak ikan. Tau apa makanan ikan?  Ikan dijamunya perut ayam. Patut la boroi semacam aje ikan haruan dan ikan keli yang dijual dipasar ikan. Tak lalu aku...

Aku tak berapa ingat tahun bila rumah aku masuk elektrik.  Tapi rumah aku adalah antara rumah yang paling belakang masuk elektrik dan air paip. Masa tu dah sekolah menengah. Tak ingat tingkatan berapa. Tapi masa nak ambil  SRP aku pakai pelita minyak tanah lagi. Alhamdulillah ok jugak keputusan exam aku. Dapat la aku masuk aliran sains kat Sekolah Menengah Baling.  Yang jelas aku ingat masa Form 5 kami buat rumah baru yang lebih kemas. Ganti rumah lama aku yang hampir nak reban dan berlubang sana-sini.   Sebelum tu ayam, itik semua kami dah halau tido kat reban. Reban dah buat luar rumah. Masa ni tandaspun dah upgrade. Atas bantuan AJKKKKK Kampung. Nama AJKKKK tu tak ingat dah tapi kami semua panggil Pak Long.  You all semua boleh bayangkan lambatnya kemajuan sampai kat keluarga aku..

Lepas SPM keluar aku berjaya masuk matrikulasi. Sekolah Sultan Muhammad Jiwa Sungai Petani. Oo..sebelum tu masa Tingkatan  5 aku dapat duduk asrama Sekolah Menengah Baling. Asrama tu, asrama separuh kayu separuh batu. Itulah pertama kali aku tido atas katil. Selama ini aku tido atas tilam kekabu saja. Sebelum tu atas tikar mengkuang aje. Seingat aku masa sekolah rendah, tak adapun tilam. Maknanya teruk lagi daripada rumah Firman. At least rumah Firman yang buruk tu ada jugak katil tempat Iris melepak. Rumah aku apa pun tarak, Tidur atas tikar mengkuang aje. Itupun hasil keras tangan mak aku jua.

Itulah nostalgia aku bila membaca ILUS. Memang best giler. Rasa macam diawang-awangan. Bukan novel cinta tapi rasa macam romantik sangat Firman dan Iris. Semua part aku suka. Tapi part Firman baling buah cermai masuk dalam rumah aku suka. Akal jahat Firman nak bawak Iris sorang-sorang. Tak nak bagi mai tuan dan Fatimah ikut sama. Mula-mula Firman masuk rumah ajak Iris keluar tapi sebab terpegun tengok Iris duduk tengah menggayakan skirt kembang. Lari keluar rumah. Cari trick lain. Baling buah cermai. Bab ni aku imagine cam mana Firman baling. Imagin rumah aku yang buruk dulu ada tingkap. Agaknya lebih kurang cam tu la rumah Firman. Tingkappun boleh tolak ngan tangan aje. Ha..ha..bila Firman baling buah kelapa pulak teringat buah kelapa keliling rumah aku.. Berlari ke sungai. Part ni terbantut aku punya imaginasi..sungai rumah aku dah boleh berperahu...

Ada masanya aku ketawa guling-guling..ada masa menangis beria-ia. Hubby aku pun naik heran. Dia memang jeles kat aku. Time aku masuk tandas aje. Mesti dia buang penanda tempat aku baca. Kononnya nak konpiuskan aku la tu. Tapi dia tak tahu novel tu aku baca dengan khunyuk dan tawadduk. Helai demi helai. Ayat demi ayat. Perkataan demi perkataan. Jadi walau dia dah ubah tanda dan urut-urut supaya kesan  tempat aku baca tak kelihatan tapi mudah aje aku kesan balik... Yang sakit hati tu ada ke dia pi sorok buku aku yang tengah baca. Tau apa caranya nak dapat balik buku tu. Teknik abdominal strench aku buat. Teknik yang Firman suka buat kat Iris dalam MyPI. Huh surender dia. Dapat la buku aku balik. Teknik tu bukan Firman punya ya. Aku punya dah lama. Sebelum MyPI lahir lagi.

Sampai sekarang aku asyik ulang baca buku ni. Untuk semua memang tak rugi. Layak masuk DBP. Mungkin satu hari nanti akan jadi novel yang paling dihargai. Terkenal diseluruh nusantara. Jadi buku rujukan di Malaysia , Kemboja ...mana lagi ya...Berbintang-bintang aku bagi kat novel ini...ILUS.... Inilah novel yang paling hebat di ALAF ini.  Jika you all dah baca pasti you all akan setuju dengan aku bahawa tiada novel melayu lain yang setanding dengan novel ini.


Kari Daging (Kedah style) : Sedap Dimakan

Bahan-bahan
1.Daging 1 kg dipotong nipis
2.Rempah kari babas 2 bungkus
3.Kerisik 4 sudu besar
4.Bawang merah 5 ulas + 3 ulas bawang putih + 1 inci halia diblender kering atau mayang nipis-nipis
5.Daun kari + 1 kpg kulit kayu manis + bunga lawang sekuntum
6. Santan 300 gram
7.Minyak untuk tumis
8.Garam, gula dan secebis asam keping

Cara memasak

1.Tumiskan bahan yg diblender + bunga lawang+ kulit kayu manis + daun kari
2.Kacau hingga wangi
3.Masukkan rempah kari + kerisik + daging
4.Kacau dan tutup periuk supaya daging cepat empuk
5.Kacau sekali sekala dan tambah air jika rempah kering dan daging belum empuk
6.Bila daging empuk, masukkan santan dan tambah air jika perlu kuah yang cair
7.Kacau dan tunggu hingga didih masukkan kentang
8.Bila kentang hampir empuk masukkan garam sedikit gula serta secebis asam keping
9. Angkat

Misrasa
Kari daging kedah style

kari daging
kari daging siap dihidang

Kari daging
Ubi kentang