Monday 28 December 2015

Mee Udang Mak Jah Yang Menjadi Kesukaan Seisi Keluarga

Resepi ni saya buat untuk hidangan keluarga. Keluarga saya ada 7 orang ke semuanya. Semua kuat makan dan menyukai mee udang.  Semua mesti makan bertambah. Sekurang-kurang 2 mangkuk setiap orang. Hidang pulak dengan kopi o kaw..Berpeluh-peluh semuanya.

Jumlah udang pulak mesti dapat sama banyak. So masa nak beli udang tu mesti kena kira bilangan supaya semua dapat sama banyak. Selalunya kalau nak setiap orang dapat 5 ekor udang mesti beli 35 ekor, kopak juga duit kalau nak makan mee udang. Tapi puas hati.. Kalau makan mee udang yang dijual dikedai harga bagi sepinggan dekat RM10. Rasanya belum tentu sedap. 


Satu lagi tips pastikan udang berkualiti. Kalau ada satu ekor sahaja yang tak berkualiti maka keseluruhan mee udang akan rosak.

Kalau perasan mee udang selalunya tidak dimasukkan sayur-sayuran. Saya pernah cuba masukkan sayuran tetapi rasa kuah mee udang tu akan bertukar. Oleh itu bagi pengemar sayur-sayuran seperti saya, saya akan celur berasingan sayur-sayuran yang saya suka.   

Bahan-bahan:
3 paket  mee kuning -- dicelur
2 tangkai daun bawang -- di hiris halus
2 tangkai daun sup -- di hiris halus
3 biji cili merah  -- dihiris halus
3 keping tauhu  -- digoreng dan dihiris
3 biji limau nipis --  di belah
1/2 mangkuk bawang goreng --- sekiranya suka
4 biji telur rebus  -- di belah
1 mangkuk taugee -- dibersihkan dan dibuang kepala serta dicelur (kalau suka)
1 tangkai sawi – dicelur
1 mangkuk kobis dicelur

Bahan hirisan mee udang
Bahan-bahan yang dihiris dan dicelur

Bahan Kuah
1 biji bawang besar -- dikisar
6 biji bawang merah -- dikisar
2 ulas bawang putih -- dikisar 
1 inci halia -- dikisar
1 batang serai `--  dikisar
2 senduk cili kisar
2 senduk cili sos
2 senduk kicap lemak manis cap jalen  
4  ketul keledek saiz sederhana -- dibuang kulit, direbus dan di lenyek/kisar
35 ekor udang laut/galah  bersaiz sederhana
Garam dan gula secukup selera


Bahan untuk dikisar : mee udang
Bahan untuk dikisar kuah mee udang

Keledek yang dikisar :mee udang
Keledek yang dikisar

Cara Membuat kuah:
Udang dibuang janggut dan dibuang najis dan dibersihkan. Gunakan kreativiti supaya udang masih kekal kepalanya.
Rendam udang dengan air sekurang-kurangnya 1/2 jam. Air ini akan digunakan sebagai kuah. So pastikan air rendaman udang mencukupi.
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang besar/merah/putih yang dikisar hingga naik bau
Masukkan semua bahan lain yang dikisar iaitu halia/serai/cili kisar/cili sos  dan masak hingga garing
Bila terbit minyak masukkan keledek yang dikisar/lenyek
Masukkan kicap dan kacau sebentar
Masukkan air rendaman udang dan kacau untuk memastikan kepekatan kuah yang diingini. Masukkan garam dan gula mengikut selera
Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang
Jangan biarkan lama sebab udang akan mengecil dan keras. Seeloknya bila nampak kulit udang merah sudah boleh diangkat.
Hidangkan bersama bahan-bahan yang telah dihiris dan sayuran yang telah dicelur

Udang direndam dengan air :mee udang
Udang direndam dengan air 

Kuah mee udang
Masukkan cili sos

Mee udang
Hidangan mee udang




Thursday 24 December 2015

Tempat-tempat Menarik Di Kuala Lumpur


Kuala Lumpur sememangnya mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi samada secara berkumpulan atau keluarga.  Antara tempat menarik yang amat bersesuaian dikunjungi terutamanya bersama keluarga adalah Taman Botani Perdana ataupun Lake Garden. Taman Botani Perdana terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dilawati seperti Taman Burung, Taman rama-rama, Taman Orkid, Taman Bunga raya, Muzium Polis, Muzium Negara dan Tugu Negara.  

Taman Botani Perdana
Terdapat banyak lokasi menarik untuk dilawati disini. Sehari suntukpun belum tentu habis.


Taman Botani Perdana:tempat menarik di kuala lumpur
Taman Botani Perdana

Taman Burung KL
Bagi peminat burung jangan lupa berkunjung ke sini. Pelbagai spesis burung yang menghuni taman ini dari spesis ayam hinggalah ke burung unta dapat anda lihat. Anda juga boleh mengikuti program memberi makan burung dan pertunjukan burung.
Taman Burung Kuala Lumpur : tempat menarik di kuala lumpur
Taman Burung Kuala Lumpur
Taman Burung Kuala Lumpur : tempat menarik di kuala lumpur
Taman Burung Kuala Lumpur









Taman Rama-rama
Menempatkan pelbagai spesis rama-rama yang bewarna warni dan pelbagai saiz.
Taman Rama-rama : tempat menarik di kuala lumpur
Taman Rama-rama
Taman  Orkid Kuala Lumpur
Terletak berdekatan dengan Taman Rama-rama dan Taman Burung. Terdapat lebih 800 spesis orkid ditanam disini(sumber wikipedia). Bagi peminat orkid, mereka boleh membeli pokok orkid hidup untuk dijadikan buah tangan. Taman Bunga Raya pula terletak bersebelahan dengan Taman Orkid. Amat sesuai untuk memperkenalkan kepada anak-anak kita pelbagai spesis bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan kita.

Taman Orkid Kuala Lumpur : tempat menarik di kuala lumpur
Taman Orkid Kuala Lumpur
Taman Orkid Kuala Lumpur : tempat menarik di kuala lumpur





Planetarium Negara

Planetarium Negara : tempat menarik di kuala lumpur
Planetarium Negara

 Muzium Polis Di Raja Malaysia
Muzium Polis Diraja Malaysia : tempat menarik di kuala lumpur
Muzium Polis Diraja Malaysia

Masjid Negara
Masjid Negara : tempat menarik di kuala lumpur
Masjid Negara
Dataran Merdeka
Tempat ini kerap dikunjungi pada hujung minggu dan juga waktu malam tak kira golongan muda mudi ataupun keluarga.  Selalu dijadikan tempat acara rasmi seperti Hari kebangsaan, Maulidul Rasul, Ambang Merdeka, Ambang tahun Baru, kejohanan kriket.

Dataran Merdeka :tempat menarik di kuala lumpur
Dataran Merdeka
Bangunan Sultan Abdul Samad
Letaknya berdepan dengan Dataran Merdeka dan dipisahkan oleh Jalan Raja. Merupakan bangunan yang mempunyai senibina yang cukup menarik.  Pemandangan pada malam hari juga cukup indah bila bangunan ini diterangi dengan lampu-lampu. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah dan pejabat-pejabat kerajaan yang lain. 

Bangunan Sultan Abdul Samad:tempat menarik di kuala lumpur
Bangunan Sultan Abdul Samad

Tugu Negara
Tugu Negara
Muzium Telekom
Terletak di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur. Muzium menceritakan sejarah telekomunikasi di Malaysia bermula penghujung abad ke 19 hingga kini.
Muzium ini amat sesuai untuk kita bawa pelajar-pelajar bagi mengenal sejarah telekomunikasi. pelbagai peralatan telekomunikasi di pamerkan seperti ibu sawat telekom, telefon dari dulu hingga kini dan sebagainya.


Muzium telekom - telefon lama
Telefon lama
Muzium telekom
Muzium Telekom -welcome
















Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan tertinggi di dunia  sehinggalah ianya diambil alih oleh Taipei 101 yang siap pada tahun 2004. Menara ini mempunyai ketinggian 88 tingkat dan terdapat  sebatang jejantas  menghubungkan kedua-dua menara ditingkat 41 dan 42. 
Menara ini menjadi tumpuan pelancong luar dan juga penduduk tempatan. Di dalamnya terdapat pelbagai tempat menarik untuk dilawati  seperti Aquria yang menempatkan pelbagai jenis ikan. Bagi kaki shopping pula pelbagai barangan mewah dan eklusif dijual disini. 
Pengunjung boleh mengunjungi Jambatan berkembar bagi menikmati pemandangan Kuala Lumpur juga PETROSAINS.  Jangan lupa ya...tandas disini RM2 sekali masuk..pastikan anda selfie, welfie banyak-banyak ya dalam tandas ini. RM2 tu...

Menara Berkembar Petronas :tempat menarik di kuala lumpur
Menara Berkembar Petronas
 Little Of India
Little of India : tempat menarik di kuala lumpur
Little Of India