Monday 22 May 2017

Review Novel Aku Yang Kau Tinggalkan Oleh Alina Haizar

Semalam aku ulang baca novel Aku Yang Kau Tinggalkan. Setiap kali ulang baca maka setiap kali itu juga mengalir air mata. Gaya penceritaan Alina cukup menarik dan berkesan. Bila Alina menulis mengenai kehidupan Nia Atirah, aku bagaikan terbayang-bayang kesusahan dan dan kesedihan yang dialami Nia. Bagaimana  dari seorang gadis kampung yang berkahwin dengan lelaki yang  tiada harapan untuk kembali sihat. Akhirnya Nia jatuh cinta jua dengan sang suami. Berbagai ikhtiar dilakukan supaya sang suami  kembali sembuh.  Akhirnya sang suami di bawa berubat ke luar negara bila usaha Nia menggunakan brain therapist  akhirnya membuahkan hasil. Pertama kali ke luar negara dan pertama kali juga naik kapal terbang untuk berjumpa suami tercinta. Yang katanya telah berjaya berubat di sana. Sesampainya disana hanya kesakitan yang dihadiahkan sang suami. Lain yang diharap lain yang dihadap.   Sang suami siap menunggu dengan peguam.  Apa pilihan yang Nia ada...  mengenangkan perjanjian yang dia juga dengan rela telah menerimanya maka  Nia membawa hati yang kecewa ke Turin.  Selepas 4 tahun mereka berjumpa semula di Turin. Rupanya dia masih seorang isteri. Tetapi gadis jelita yang sentiasa  disisi suami yang katanya bakal menjadi isteri sang suami bagai  menyentap-nyentap tangkai hati Nia. Masa tidak menghilangkan rasa cinta Nia kepada suaminya Zaril Ikhwan.

Gaya flash back Alina memang best sesangat...sampai rasa mencucuk-cucuk tangkai hati. Masa first time baca novel ini  aku tak boleh stop..maraton tak tidur malam. Sampai menangis teresak-esak. Alina  memang sangat-sangat berjaya  mengisahkan tempat dan suasana dalam novel ini. Sampaikan aku pun teringat-ingat dan sangat teringin nak sampai ke Turin.  Kepada sesiapa yang belum beli, memang wajar untuk memiliki novel ini dan dijadikan simpanan untuk ulang baca.  Novel memang banyak dan penulis pun makin ramai tetapi untuk bertemu dengan penulis seperti Alina Haizar dan novel  seperti Aku Yang Kau Tinggalkan..... tersangat jarang boleh dijumpai.  Aku percaya pengalaman, pengamatan dan penelitian membezakan Alina Haizar  dengan penulis lain. Aku harap Alina Haizar akan terus berkarya dan hasilkan novel setaraf dengan AYKT.