Saturday 3 June 2017

Kek Batik Yang Sedap dan Mudah Dibuat

MisRasa
Kek Batik
Bahan-bahan

1 paket serbuk milo 200 gram
Masukkan susu  cair dan gaul rata
1/2 tin susu pekat manis
1 buku buttercup
1 bungkus  biskut merrie



MisRasa
Cara memasak:
1.Patahkan semua biskut marie kepada 4
2.Cairkan butter di dalam periuk dengan  api yang sederhana
4.Masukkan milo dan kacau dengan cara pusingan melawan arah jam
5.Kacau laju-laju supaya milo tidak berketul
6.Kacau sehingga nampak seperti timbul gelembung-gelembung dan tutupkan api dengan segera
7.Masukkan biskut yang telah siap dipatah dan gaulkan sehingga sebati
8.Alihkan biskut yang telah digaul ke bekas @ loyang. 


9.Padatkan kek batik dengan menekan -nekan dengan  menggunakan senduk atau sudu
10. Simpan di dalam peti sejuk atau boleh saja dibiarkan diluar kalau hendak dimakan segera
11. Bila sejuk siap boleh dipotong.


MisRasa









Friday 2 June 2017

Ikan Merah Masak Kukus Yang Ringkas Dan Resepi Sihat

Blog e-rasa.blogspot.com
Ikan Merah Masak Kukus


Bahan-bahan:
     1.    1 ekor ikan merah, disiang dan dikelar
2.    1 labu bawang besar di cincang
3.    1 inci halia  dihiris halus
4.    2 batang serai dihiris nipis-nipis
5.     5 biji cili api di hiris nipis-nipis
6.     5 ulas bawang putih dicincang
7.    7 biji limau kasturi @ 4 biji limau nipis
8.    Garam secukupnya

Bahan hiasan

1.    1  tangkai kecil daun bawang di hiris
2.    1 biji tomato dipotong bulat
3.   Daun salad

Cara-cara memasak:

1.    Lumurkan  ikan dengan garam dan letak di atas pinggan yang bujur
2.    Lumurkan bahan-bahan yang dihiris dan dicincang tadi; bawang besar, bawang putih, 
       halia , serai dan cili api ke seluruh ikan
3.    Perah limau nipis/kasturi dan ratakan ke seluruh ikan
4.    Sediakan periuk kukus  berisi air mendidih untuk mengukus.
5.    Lapikkan periuk pengukus dengan pinggan pengukus . Ini bagi mengelakkan air kukus 
       ikan terjatuh ke dalam air pengukus
6.    Letakkan ikan yang siap di gaul dengan bahan-bahan tadi ke dalam bekas pengukus. 
7.    Tutupkan periuk kukus dengan penutup. Stim selama 15 hingga 20 minit. 
8.    Setelah masak,  angkat segera ikan  daripada periuk kukus. Hidangkan dalam pinggan
       bujur. Tuangkan juga kuah yang terhasil daripada kukusan tadi ke pinggan,
9.    Untuk memastikan ikan benar-benar masak, cucuk ikan dengan garfu, Jika bewarna 
       putih dan tidak liat, maka ikan telah masak dengan baik.
10.  Jangan dibiar di dalam periuk kukus kerana ini akan menyebabkan ikan terlebih masak   dan isi ikan menjadi liat dan kering. 
11. Taburkan bahan-bahan hiasan untuk lebih menarik.
12. Siap untuk dimakan seisi keluarga

Buah Melaka Atau Di panggil Juga Kuih Onde-Onde: Resepi Ringkas, Cepat Dan Sedap Dimakan


MisRasa
Buah Melaka/Kuih Onde-onde


Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum 
Campuran dengan tepung gandum supaya doh kurang liat semasa memakannya.Jika kurang suka liat boleh tambah tepung gandum dan kurangkan sikit tepung pulut
1 - 2 keping gula melaka
1 cawan kelapa muda parut
sedikit garam
Kisar 4 helai daun pandan bersama 1 1/2  cawan air dan tapis
Isihkan 1 helai untuk dididihkan bersama air. Untuk naikkan bau yang wangi.


Cara membuatnya:
1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
2. Kelapa muda parut (ambil putihnya sahaja) di gaul dengan sedikit garam. 
MisRasa



3. Masukkan  tepung pulut,  tepung gandum ke dalam mangkuk.
4. Bancuh dengan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan





5. Didihkan air bersama sehelai daun pandan yang disimpul di dalam periuk. 
6. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat dan masukkan ke dalam air mendidih tadi.
7. Doh tadi akan timbul dipermukaan air sekiranya telah masak. Angkat dan toskan terlebih dulu 




MisRasa


8. Gaulkan bersama kelapa parut semasa masih panas untuk pastikan kelapa tersebut melekat pada kuih 
9. Siap untuk dihidang.

Credit to :
http://fizalgk.blogspot.my/2014/09/kuih-buah-melaka.html