Saturday 29 December 2012

Menjelang Tahun Baru

2013 makin menghampiri. Maka akan tamatlah cuti sekolah. Acara-acara anak-anak bangun lewat, berjaga hingga lewat malam dan asyik mengadap komputer. Masing-masing kena tune semula kepada situasi persekolahan. Aku juga kena buat tuning semula. Jalan akan sibuk semula dan persediaan anak-anak persekolah setiap malam dan pagi kena buat. 

Anak-anak lelaki perlu ke kedai gunting rambut. Kasi trim rambut yang dah menghampiri bahu. Yang nak naik tingkatan 1 perlu ke kedai gambar. 4 keping gambar pasport diperlukan. Ke kedai fotostat kerana salinan ic mak bapak anak diperlukan. Baju dah beli, kasut dah beli cuma stoking dan tudung aje yang belum. Yang tu bila-bilapun boleh.

Yang paling leceh sekali ialah nak isi borang nak masuk tingkatan 1. Berkajang-kajang borang diperlukan. Tiap helaian borang perlu isi maklumat ibu-bapa. Macam ibu bapa pulak yang nak masuk sekolah. Siap minta slip gaji lagi macam nak buat loan. Tiap-tiap tahun bagi borang suruh isi. Pening betul la dengan Kementerian ini. Dah bertahun-tahun tak improve. Buat la borang senang sikit. sekeping maklumat ibu, sekeping maklumat bapa, sekeping maklumat anak. Ni tak tak setiap borang tu repeat maklumat ibu, bapa dan tentunya anak.  Faham la setiap borang ada keperluan tersendiri tapi simpified la sikit bagi mudah.  

Harap-harap tahun depan dan tahun-tahun seterusnya dah ok lah sistem online kementerian tu...

Resepi Popia Sayur Goreng



Bahan Inti Popia goreng
Bahan-bahan popiah goreng yang siap dihiris

Inti Popia goreng
Bahan popiah goreng sedang goreng
Popia ni juga memang menjadi kegemaran anak-anak dan suami. Leceh juga nak sediakan, terutamanya part nak koyak kulit popia. Tapi aku serahkan tugasan tersebut pada anak aku la. Anak lelaki tau. Tapi telah dilatih untuk melaksanakan tugasan rumah tangga. Semoga menjadi anak dan suami mithali hendaknya. Makan panas-panas dan cicah aje dengan  cili sos yang dituang straight daripada botol. 

Bahan-bahan:

Kulit popia  1 bungkus ~ Keluarkan daripada freezer lebih kurang 1/2 jam sebelum mula kerja
Minyak untuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn 3 sudu air biasa untuk dibuat gam popia

Bahan untuk inti:

2 cawan taugeh
2 batang carrot  dipotong halus/sagat
2 cawan kobis dihiris kecil
2 cawan ubi sengkuang di potong kecil/sagat
1 labu bawang besar  di tumbuk/blend kasar
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk/blend kasar
2 sudu  minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yg ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan  carrot dan ubi sengkuang ~ kacau rata.
3. Masukkan kobis ~ Kacau rata.
4. Masukkan taugeh ,  garam dan gula ~ kacau rata
5. Bila sayur telah lembut tutup api dan masukkan ke dalam penapis jarang supaya kuah dan minyak turun ke dalam mangkuk. 
6. Letakkan  inti popia ditepi kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
7. Gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak
9.Hidangkan panas-panas dan cicah dengan sos cili.



Popia goreng
Popia yang telah siap digoreng


Friday 28 December 2012

Haru biru

28 Disember 2012 : Now nearly one month my service at the new place at Dept xxx. Actually this the buiest time at the office. Have to achieve 100% SKT. So everybody must try to complete the work bef 31 Dis. That means no more holiday on this coming monday. ]Tuesday is new year. I plan to take holiday on monday so i can get continuous 4 days holiday. It seems the report only finish this night and have to check again on Monday morning before submit to the higher managemet so no dreams about holiday on monday.

Alahai, i feel so stupid. Even though almost 20 years i have been working. 
new office
new business
new environment
new friend
new boss 
new parking, this one very tedious. My late office i used to get permanent parking lot. But now is free parking. First come first serve. Thats why i have to get to the office very early each morning. But thats during school holiday. After this holiday i don't know. Have to arrange with the mr hubby. Oh.. my spm son at home. Let him take care the sister and brother. Let me cool myself first.  It is so heavy when you at the top.  How to face the angry boss when not more than one month you service at the place.  Still don't understand the culture. Ok,  i will learn. Allah help me.  Oh my subordinate very cooperative.  Very commited and well train. That one i am very happy. Makes my job easy.  

Actually i want to write many things about the new office but wait.....

Tuesday 25 December 2012

Dah dapat gaji

Setelah hampir lima bulan tak dapat gaji akhirnya.... Rezeki rezeki...masa cuti hari tu orang lain dapat bonus tapi aku tak dapat.  Sedihnya. Tapi alhamdulillah bila dah start kerja semula, semua bonus yang tak dibayar, dibayar cara lump sump. org lain dapat separuh aku dapat penuh. Yahoo.. seronoknya.  Macam nak lompat..lompat pulak...Syukor boleh buat belanja anak nak masuk sekolah