Tuesday 13 November 2012

Kena Transfer Ke Jabatan Lain

Sedap-sedap duduk buat taik mata, tiba-tiba ada call masuk, daripada JPA pulak tu.  Kena tukar...Adoh sedihnya, Sedih bukan sebab kena tukar tapi sebab kena tamatkan cuti tanpa gaji.Mission incomplete..

Walaupun begitu  aku patut bersyukor kerana:
(1)Bos senang-senang saje luluskan cuti tanpa gaji aku
(2)Isi borang transfer sebelum cuti dan dapat transfer. Ini mesti bos jugak yang tolong. Orang lain isi jugak tapi masih tak dapat.
(3)Prestasi anak semakin meningkat, daripada markah belas-belas dah jadi 85, A tu...
(4)Dalam tempoh bercuti aku dapat menyediakan masakan hasil air tangan aku sendiri untuk santapan anak-anak
(5)Dapat berpuasa ramadhan di rumah
(6)Dapat tingkatkan skil masakan lauk pauk dan kuih muih(bolan posa aje la..)
(7)Dapat ambil dan hantar anak ke sekolah
(8)Dapat hantar anak pergi tuisyen
(9)Dapat rehat cukup-cukup.. tapi masih tak cukup-cukup...
(10)Tak stress
(11)Dan lain-lain lagi...

Maka akan bermulalah semula kehidupanku sebagai isteri, ibu dan pekerja..