Monday 28 November 2011

Kenduri dan Ladang Anggur Tasik Beris



Hari sabtu 27 Nov 2011 aku sekeluarga balik kampung. Kami bertolak pagi-pagi.Sampai di Baling Kedah dalam sekitar pukul 1 petang. Anak-anak lelaki dan hubby terus ke rumah kenduri jiran. Aku dan anak perempuan follow kemudian sebab nak tukar baju dulu. Kebetulan masa balik tu, hubby pakai baju harimau muda. Kat kenduri tu pulak siap pasang DJ lagi. Apalagi bila ternampak sahaja hubby pakai baju harimau muda, maka start la modal dia bercakap pasal bola. Nak tau apa dia cakap, "walaupun Malaysia kalah dengan Syria 2,0 tapi abang ni tetap semangat waja menyokong Malaysia", kita kalah bukannya apa tapi sebab tak menurunkan Badrul Bakhtiar' Anak aku cakap, he kelakar betul, pak cik DJ tu, ada ke patut dia cakap kalah sebab tak turunkan Badrul Baktiar, tak tahu ke Badrul tu mana layak masuk coz umur dah lebih...He...moral of the story kena la ada knowledge sikit kalau nak cakap..

anggur tasik beris
Anggur tasik beris

anggur tasik beris
Anggur tasik beris
The next day, aku dan keluarga bertolak balik ke Pendang. Ke rumah mertua la pula. Kami balik ikut jalan baru, ikut Siong. Kalau selalunya kami akan ambil jalan ikut Parit Panjang, Sik dan terus Pendang. tapi kali ni kami nak ikut jalan baru pula. Jalan tu tengah-tengah bukit, masih belum siap sepenuhnya lagi. Ada sesetengah kawasan belum di tar lagi. hai saspen jugak. Dah la dalam bukit, jalan sempit, tak siap dan selisihpun dengan beberapa biji kereta sahaja. aku begitu teruja dengan pemandangan di kiri kanan jalan. Hutan yang masih dara dan dipenuhi dengan pelbagai jenis flora. Ada yang hijau dan ada yang bewarna. Kelihatan juga pokok petai, pokok bertam dan macam-macam pokok yang sememangnya aku tak tahu nama. Tapi pemandangan tersebut cukup indah bagi aku. Oh ya aku ada ambik gambar ya...

Kami terus ke tasik Beris. Memang cadangnya sebelum balik lagi kami nak ke sana. Oh semua teruja melihat buah anggur yang hampir masak. Hei geramnya. Kalau nak petik kena bayar 50 ringit sekilo. So kami decide tak payah la. Jamu mata aje tengok buah. Buat action ala-ala nak petik aje la. Untuk tidak menghampakan anak-anak aku tetap juga beli anggur yang dah siap di pack. Anggur hijau harganya 12.50  satu pack dan anggur merah 15 ringgit satu pack. Ada la dalam setengah kilo. Tapi rasanya tak ada la manis sangat. Boleh la untuk anggur Malaysia. Oh ya nak masuk tu kena bayar ya. RM2 untuk kanak-kanak dan RM4 untuk dewasa. Untung banyak tauke tu... Ramai juga pelancong yang datang. Semuanya dengan family. Boleh kata bertali arus juga la. Tak putus masa aku datang.  Dalam ladang tu, anggur  hijau banyak yang masih lagi putik tapi anggur merah dah ready untuk harvest.  Tauke ladang tu allow hanya lane-lane tertentu sahaja untuk pelancong. Yang selebihnya tengok dari jauh aje la. 

Begitu juga kalau ada pelancong yang ambil pakej untuk petik sendiri. Pekerja ladang akan follow dan advise nak petik tangkai mana. Maklumlah satu kilo RM50. Bukan sebarangan boleh petik. Kalau lebih susah pulak ya. Atau terpetik pula yang belum cukup masak. Nanti tak sedap pula.

Apa-apapun aku cukup puas hati dengan lawatan tersebut. Hubby beli sepokok anak anggur untuk di bawa balik KL. Insyaallah semoga berbuah la anggurku. tangan hubby memang sejuk. Tanam apa saje memang akan menjadi. Kalau kami balik kampung mak mertua selalu cakap pokok yang hubby tanam dah berbuah... Sayangnya rumah aku, jenis teres dua tingkat, ada tanah sekangkang kera. Tak boleh la sangat nak tanam beria-ia. Takat pokok-pokok bunga aje la yang sesuai. Pokok besar nanti akarnya akan merosakkan rumah pulak. Itupun hubby ada tanam juga pokok kelapa. Tapi kat seberang jalan. Rumah aku berdepan padang permainan kanak-kanak. Dah berbuahpun. Tapi malangnya buahnya asyik gugur kena tendang dengan bola masa budak-budak main waktu petang.

OK kami dah balik KL, kat mana ya yang sesuai nak tanam anggur ni. Hubby decide nak tanam depan rumah sebab mudah monitor. Kalau belakang selalu lupa buka pintu belakang. Mati pula pokok tu....

Friday 18 November 2011

Bantuan seratus ringgit untuk pelajar

Semalam selepas pulang daripada Hospital Al Nur aku dan hubby terus ke sekolah  anak-anak. Sebenarnya  semalam ada 3 event penting di sekolah. Sampai jemlah jalan depan sekolah. Pertamanya result UPSR keluar. Tapi tak relevan sangat dengan aku sebab tak ada anak yang ambil UPSR. Tahun depan ada la sorang.  Ke duanya ambil result anak. Ada 3 orang kat sekolah tu. Darjah 5, 2 dan 1, event yang paling penting yang menyebabkan ramai ibu-bapa datang ke sekolah semalam adalah sebab nak ambil duit 100 yang gomen bagi. He he he .......Kelakar jugak kan, walaupun aku dan hubby dikategorikan sebagai golongan yang tak la sengkek sangat, tapi kami juga berlumba-lumba bersama ibu-bapa lain untuk mendapatkan 100 ringgit tu...Tak malupun sebab ramai yang kaya-kayapun datang ambil jugak. Bukan kita minta ya, gomen nak bagi. Bukan senang gomen nak bagi, dah banyak kali pilihan raya, orang kampung yang dapat tapi kita yang kat bandar ni, rasa-rasanya inilah julung-julung kalinya. So sambar aje la...

Aku ada 5 anak so dapat la 500 ringgit. Boleh la jugak support untuk beli kelengkapan persekolahan tahun hadapan. 

Mula-mula hubby ambil result anak darjah 5, result teruk. Tapi aku rasa, kemerosotan tersebut sebenarnya berpunca daripada kesalahhan aku dan hubby sendiri. Kami beli komputer tapi tak buat kawalan penggunaan. So anak darjah 5 ni jadi addict komputer. Kalau sebelum ni, result dia ok la, ada A banyak jugak. tapi penggal ni most of subjek dapat B ke C. So kawalan komputer akan diketatkan walaupun cuti sekolah. Duit 100 ambil.

Seterusnya hubby ambil pula result darjah 2. Alhamdulillah resultnya ok. Subjek English dan Seni dapat B, lain-lain semuanya A. Yang nipun addict komputer jugak tapi cam mana pulak boleh ok pulak result.. Confuse jugak betul ke disebabkan komputer ataupun kurang penumpuan dalam kelas yang menyebabkan si darjah 5 tu teruk sangat resultnya. Tahniah untuk si darjah 2. Tahun depan masuk kelas 3C5. Pas tu hubby ambil 100. Dah jadi 200...

Destinasi seterusnya ialah ke kelas anak darjah 1. Dia ni masuk kelas pemulihan. Dah habis setahun tak juga pandai membaca.. Walau bagaimnapun cikgu cakap dia dah ada peningkatan. Dah boleh baca benda-benda 2 harkat macam BA TU BATA  BACA  atapun ABAH. Ok la. Guru kelas cakap kanak-kanak yang kategori ini dibahagikan mengikut kumpulan, satu guru pegang 5 orang. Cara ngajarpun kena lain sikit. Tak boleh pressure sebab dia orang ni cepat bosan. So pembelajaran mesti dilakukan ala-ala main-main saja supaya tak bosan. Tapi hasilnya ada peningkatan. Anakpun selalu balik rumah cakap dia orang belajar sambil menari, menyanyi dan main-main.

Lastly tibalah masanya mengambil 100 $$$$. Tapi ada satu peristiwa yang sungguh hilang kejantanan. Nak tau apa kisahnya....

Al-kisahnya seorang perempuan ibu tunggal datang la ke kelas yang sama dengan anak darjah 1, nak tegok result plus nak ambil 100 $$. Rupa-rupanya ex hubby dia dah sekau lebih dulu. datang awal lagi, no 2 ikut giliran. Yang sebenarnya jaga anak tadi ialah si ibu, tapi si bapa yang hanya pandai buat anak ni yang sekau duit gomen bagi.. Tak jantan langsung... Buat malu kaum adam sahaja.  Sebenarnya aku tak ikut ke kelas, tunggu kat luar sekolah. Ada sebabnya lain end3 aku cerita. Kita orang, aku, anak d5 dan d2 duduk kat tepi pagar luar sekolah. Eeeee seronok juga rupanya, ingat zaman-zaman dulu. Tengok budak-budak, ingatkan anak aku saja yang comot, tapi rupa2nya ramai budak lain yang sealiran dengan aku.....So standard la maknanya comot giler tu..
Menurut anak aku yang darjah 2, dia dan kawannya yang duduk melepak kat luar pagar tu dah berkawan sejak darjah 1. Kawan dia tu pengawas, hebatkan. nampak bijak budak tu. Pandai komunikasi dengan orang tua dan nampak mature. Patut la cikgu lantik jadi pengawas. Cute aje budaknya. Dia dapat no 5. So dapat la jugak aku berkenalan dengan kawan anak aku..

Disebabkan dah hampir pukul 2, jadi aku EL saja la coz > daripada 3 jam urusan di Hospital dan sekolah. Rasa-rasanya penggal ni ambil result sek rendah aje  la. Yang sekolah menengah tu lain hari. Tak kan nak keluar office lagi atau nak cuti lagi...Result yang T4 tupun teruk jugak. Perlu kawalan ke atas komputer.... Yang PMR tu pulak ya la dah sah-sah ambil PMR tunggu aje la result keluar. Dia minat nak masuk MARA. Moga-moga dapat.

Saturday 29 October 2011

Misteri Putrajaya ---Tak Jauh Dari Rumah PM

Petang ni aku, hubby dan anak yang bongsu pergi pusing-pusing Putrajaya. Mula-mula kami ikut presint 15. Naik ke  lot-lot yang nak dibuat kedutaan. Tak ada satu lagipun blok kedutaan. Agaknya dia orang semua tak nak datang Putrajaya. Jauh daripada bisnes centre. Rasanya ramai yang suka KL lagi. Sebab tu tak ada sapa-sapapun yang nak datang Putrajaya. Lagipun  kenderaan awam dari KL sampai Putrajaya tak bagus sangat. Patutnya ada LRT/Komuter/apae-ape yang menghubungkan KL dan Putrajaya dan paling pentingnya kedutaan tu la.   Lokasinya cantik. Atas bukit nampak view sekitar Putrajaya. Apabalagi kami berduapun lawan la ambil gambar view. Tapi camera phone aku nampak gelap aje. Tak secantik camera hubby. Dia asyik aksyen saja menunjuk-nunjuk dia punya gambar.

Lepas tu kami ke Taman Rimba pula. Nama sedap tapi tak ada apa. Hubbypun pusing-pusing sampa la ke jalan yang ditutup. Hubby masuk jugak. Aku dah saspen. Jalannya luas tapi pokok dah melata kejalan. Lampu dan pokok bunga dah siap dipasang dan ditanam. tapi semuanya diselaputi belukar. Oh rupanya ada juga lost world kat Putrajaya ni. Entah presint apa yang nak naik. Tapi mungkin tak ada bajet, maka stop dulu. Last-last jalan sampai juga jalan keluar tapi berpalang. Nasib baik ada guard jaga maka tak payah la pusing balik.

Selepas keluar daripada kawasan tersebut kami ke depan lagi. Sampai kat rumah PM. Pas tu hubby buat u turn. Terus dia masuk satu kawasan yang juga ala-ala lost world. Tak tahu nak buat apa. Mungkin rumah jugak kot. Disinipun kami ambil gambar pemandangan juga. Nampak apa apa yang cantik kami akan berhenti dan ambil gambar. Sampai satu tempat tu aku dah letih. Hubby turun dan terus memetik camera hand phonenya. Aku tengok aje dari cermin kereta, hubby terus berjalan ke arah semak-semak. Agak lama juga barulah dia muncul. Aku tanya apa yang cantik bah. Hubby aku jawab misteri...misteri....Lastly aku fed up nak tanya lagi. Coz jawapannya asyik misteria aje....

On the way nak keluar dari tersebut kami masih memetik camera....Pause..
Sampai aje kat junction nak masuk BBB aku tengok hubby asyik duduk pegang handphone. Apa lagi, akupun sound, dah-dah la tu..trafic ligh dah naik hijau, tapi mata hubby asyik ke telefon.
Hubby aku cakap, semua gambar yang dia ambil missing satupun tak lekat...Hu.. tak dapat la aku minta gambar yang cantik tu.. Simpan aje gambar dari camera aku  yang agak gelap-gelap ni.

Sampai aje kat rumah hubby akupun cakap benda misteri yang dia tengok tadi. Dia cakap masa dia tinjau-tinjau scenery tadi dia nampak satu kawasan yang tak diganggu. Kawasan tu masih ada pokok buah-buahan. Tetapi lain-lain kawasan sekeliling semuanya dah diteroka. Hubby juga telah merakam pemandangan di kawasan tu. Tak tau samada tuan tanah tak bagi @ memang Putrajaya nak simpan kawasan tu@ memang kawasan tu tak berjaya dibersihkan kerana......KERAS.. Apalagi kami pun relate dengan misteri kehilangan gambar dari camera hubby. He--he...mungkin kebetulan aje

Tak apa nanti kami sekali lagi akan ke situ dan akan mengambil gambar. Kita tengok samada akan hilang lagi gambar itu.....

Thursday 27 October 2011

Bodohnya aku...

Hari tu hari Selasa bertarikh 25 Okt 2011. Hari yang bersejarah bagi aku. Cuaca ok saja tak mendung. Langit cerah secerah hati aku. Datang awal, so breakfast dulu. Buat la kerja update laporan. Tak urgent manapun. So kalau ada panggilan masuk layan aje la...Tiba-tiba masuk la satu panggilan menerusi hand phone mudah alih aku. Jeng...jeng....
Pemanggil tersebut  ngaku dari Hong Leong Bank. Mungkin hari tu, mood melayan aku ada lebih sikit. Maka akupun bersedia untuk melayan panggilan itu. Mula-mula mamat tu beritahu namanya dan mohon pengesahan nama dan no kad pengenalan aku. Lepas itu, dia bagi tahu yang aku ada pending bayaran card credit dengan Hong Leong Bank. Hah terperanjat besar la aku.. Mana tidaknya, aku tak pernahpun buat card credit dengan Hong Leong. Mamat tu pula terus bagi maklumat bahawa seseorang telahpun menggunakan identiti aku untuk buat card credit dan telah dihantar ke alamat di bukit mertajam.ada 2 transaksi yang berjumlah 7000 lebih.Oh lagilah terperanjat aku.. Aku terus tak mengaku yang tu adalah card credit aku. So mamat tu pun bagaitau yang dia perlu buat laporan polis untuk siasatan bagi mengetahui sapa pegawai bank yang issuekan card credit tersebut. Aku minta faks maklumat yang berkenaan supaya aku boleh buat laporan polis. Tapi menurut mamat bank tersebut disebabkan kes tersebut berlaku di Bukit Mertajam maka aku perlu buat laporan polis di Bukit Mertajam. 

so mamat tu jawab dia akan fakskan aduan ke IPD BM. Sekejab nanti ada pegawai polis yang akan telefon aku. So selang tak berapa minit kemudian, naik la satu nombor telefon kat hp aku. Dengan segera aku angkat. So pemanggil mengaku pegawai polis Tuan Mohd Ang Abdullah dari IPD Bukit Mertajam. So diapun terus menyoal siasat aku. Dia gertak aku bahawa aku telah melakukan jenayah berat iaitu pemalsuan card credit. Aku boleh ditahan di lokap dan dipenjarakan. Apalagi gelabah habislah aku. Menggigil satu badan bila dengar nak kena tahan dilokap. So pegawai tu kata, kalau aku nak selamat aku mestilah bekerjasama dengan beliau untuk membantu aku menukar suspek utama kepada mangsa.

Jadi dia kata nama aku telah digunakan  bukan sahaja dalam pemalsuan card credit tetapi juga telah digunakan untuk membuka akaun dengan transaksi ratusan ringgit dengan bank hong leong.  mungkin nama aku juga telahpun digunakan untuk membuka lain-lain akaun di bank yang berbeza. So dia cakap aku boleh buat laporan secara online melalui telefon sahaja. Aku kata boleh ke.. Rasa macam tak percaya dia tu polis. Aku kata aku belum sedia untuk disoal siasat. Dia tanya kenapa tak percaya ka.  Kalau tak percaya boleh call telekom tanya no IPD Bukit Mertajam. Aku letak telefon dan terus call telekon. So nombor yang telekom bagi tu sama dengan no yang naik kat telefon aku. so percaya habis la aku.

Selang lima minit telefon akupun berdering semula. Peawai tu tanya dah check ke belum nomor IPD BM. Aku jawab ya. Betulah tuo dia tanya aku dah sedia ke nak buat aduan melalui tepon. Semua percakapan akan dirakam dan dicatatkan. So diapun mula menerangkan bahawa aku mestilah buat declaration dekat mahkamah tinggi semua akaun simpanan dan card credit yang aku ada. Mahkamah akan buat penyiasatan dan akan menamatkan semua transaksi akaun-akaun dan card credit yang dibuat atas nama aku. Dia siap minta no akaun, no credit card 4 digit terakhir dan credit limit dan jumlah wang yang ada dalam akaun aku. Semuanya aku serah dengan rela hati. Akhir sekali pegawai polis tu warning aku supaya tidak membocorkan siasatan tersebut kepada sesiapapun dalam masa 3 hari. Sekiranya aku bocorkan rahsia tersebut aku mungkin akan ditahan dilokap kerana menggangu siasatan beliau.  Akupun pelik, kenapa tak boleh pulak nak mengadu pada suami dan rakan-rakan. Nasib baiklah kat hujung-hujung perbualan tersebut suami aku datang office dan masuk bilik. Diapun pelik mengapa aku duduk sepah semua buku bank dan card credit atas meja. Dia terdengar aku tanya mengapa tak boleh bocorkan rahsia tersebut. Lepas saja aku letak telefon, suamipun cakap yang aku telah ditipu oleh sindikit haram yang mengaku jadi bank dan polis. Tujuan dia orang nak dapatkan no card credit untuk diclonkan ataupun buat transaksi through internet. Apalagi menggelabah gila aku.
Terus kawan-kawan mengusulkan aku supaya tepon bank buat pembatalan semua credit card dan card atm. Semua service centre terkejut kenapa aku sanggup memberikan semua maklumat tersebut.

Aduh bodohnya aku... dalam cerdik-cerdik akupun tetipu juga...Nasib baik la belum ada kerugian berlaku sebab cepat dapat telefon bank untuk stopkan cc dan atm. Kalau tidak naya jadinya....Selang 1/2 jam masuk lagi panggilan, konon-konon mahkamah tinggi pula nak siasat la tu..  Terus aku tak angkat. Dia cuba sampai 5/6 kali kat hp dan office no. Lastly dia give up tak tepon. So sampai hari ni dah masuk hari ke 3 dia tak tepon. Aku pulak terus pantau duit kat dalam Maybank2u. 1/2 transfer masuk akaun husband dan tinggal lagi sikit still dalam akaun. Tapi monitor juga takut lesap. Alhamdulillah tak disentuh..

Inilah pengalaman berharga yang aku dapat. Lain kali:
(1) Jangan layan panggilan yang nak introduce apa-apapun
(2)Jangan cepat gelabah
(3)Fikir dulu sebelum jawab
(4)Kawan-kawan penting, dapatkan nasihat kawan. Jangan nak banyak sangat rahsia
(5)Jangan mudah bagi maklumat dekat orang yang tak dikenali

Wednesday 5 October 2011

Seminar di PWTC

Minggu ini 3 hari aku kena pergi seminar di PWTC. So pagi-pagi lagi kena keluar rumah. Hari ini aje sebelum 7 pagi aku dah bertolak ke office dengan aku punya Grand Livina. Wa bangga sungguh. Ikut jadual yang telah di tetapkan kami semua bertolak kul  8 pagi. tapi alih-alih bila sampai aje kat bas, driver kata bas dah tolak kul 7.30 pagi. Terperanjat sungguh kami. Rupa-rupanya ada misunderstanding. Driver dapat 2 borang. Satu kul 7.30 dan satu lagi kul 8 pg. tapi nasib baiklah driver sanggup nak hantar juga by bas. So ahri ini ok aje. Esok yang malasnya sebab ada workshop. Ni yang tak suka ni. Peserta seminar semua orang besar-besar dan bijak-bijak. Aku ni dah la tak pandai kecik pulak tu. Pangkat la maksudnya.  Ok tak pa tunggu esok la, apa-apa halpun. Malam ni relak dulu. Think positif. Seperti kata mat adiib. Relaks..... buat biasa aje... PMR, PMR jugak apa nak kepoh-kepoh... Relak aje....

Sunday 2 October 2011

Balik Kampung Kenduri Kahwin

Semalam pukul 6.30 pagi kami lima beranak bertolak balik ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin anak buah hubby.  Buat kat dewan tau, bukan kat rumah. Class gitu.. Bukannnya apa rumah sempit, tempat parking tak ada, susah parking tepi jalan, sebab dah dah buat jalan besar, memang bahayapun kalau nak parking. Walau buat kat dewan bukan kat rumah tapi meriah sungguh. Ramai sedara mara dan rakan taulan yang datang. Ada yang jauh dan dekat. Last sekali sedara daripada KL sampai dah dekat kul 5 petang. Kerusi meja dah kemas tinggal satu meja lagi plus hidangan tengah kemas. Sempat la juga makan. Yang seronoknya ramai rakan-rakan kakak ipar yang sponsor. Ada sponsor laksa, karipap, kuih koci, tapai dan teh tarik. So lain sungguh la nampaknya kenduri semalam.Semua puas hati. makanan tak membazir. Balik rumah tak payah nak hangat-hangatkan lagi makanan yang berlebihan. Tak payah nak basuh periuk belanga lagi. Boleh rehat badan dan terus tido.Kami yang daripada KL ni sampai kol 12 tgh. Terus ke dewan. Duduk situ sampai majlis tutup.  Balik rumah dan tido. pagi ini awal-awal bertolak balik KL. Gembira rasa. Dapat juga balik memeriahkan majlis orang kampung. Hubby belasah tido dari pukul 3 petang sampai la pukul 9 malam. Masa tengah tulis blog ini hubby baru bangun. Tengok-tengok nasi semua habis dibelasah oleh anak-anak. Tinggal mee hon pagi tadi aje. nasib la daddy pagi tadi .... Blup zzzzz. Ok juga tu.

Monday 19 September 2011

Sunyinya hari ini

Hari ini hari isnin. Sunyi rasanya sebab apa ya... Jumaat , sabtu dan ahad cuti. Hari ini otak rasa bengap sikit. Patutnya ada mesyuarat, tapi disebabkan ngapnya otak, lansung tak pergi yang official meeting. Terpergi pulak yang sosial meeting. Bincang menu apa nak buat jamuan raya. He teruk betul rasanya. Tapi bukan aku sorang ya, member sebelah bilik pun ngap macam tu jugak. Itulah kalau 3 hari cuti yang dipenuhi acara makan-makan.

Hari Jumaat sibuk acara membasuh, menjemur, membeli dan membersihkan rumah, Hari Sabtu dari tengah hari sampai malam ada open house. Actually daripada pagi, tapi jemputanpun baru sampai pagi tu jadi tak salahlah kalau aku tak hadir ya. Agaknya tuan rumahpun baru teringat pagi tu nak jemput jadi tak salahlah kalau aku tak dapat nak hadir. Program lain sedia menunggu. So mula makan kenderu kahwin tengah hari, follow by open house rumah ex -bos, terus ke rumah cousin tapi tak jumpa rumah dan anak pulak dah demam panas so cancel dan terus cari 78 beli panadol dan terus balik rumah. Rehat jab after magrib terus ke rumah member lama masa zaman persekolahan dulu. Jumpa pulak dengan member-member lama lain. Oh bahagianya.

Hari Ahad pulak starting dengan open house taman perumahan dan malam tu follow by rumah dato' man bedul. Hubby dan anak-anak aje ikut. Aku tak ikut sebab adam demam. Bimbang pulak muntah di rumah orang. Hilang selera orang lain dan malu jugak aku. Sebab dah pernah terjadi sebelum ini. Anak-anak aku ni memang bulat dan kaki makan. Kalau dah terlebih makan tu memanglah uwek...uwek saja kerjanya. Tapi dilarang macam mana sekalipun tak jalan juga. Habis ditibai apa yang terhidang... Tambah masuk pula dengan air ais, coklat dan limau orange. Kalau tak masa tu  uwek ..mesti bila balik malam acap kali batuk dan lelah mesti kena punya. Tak bawa berjalan, nanti anak-anak asyik duduk internet saja non stop. Kalau bawak berjalan open house habis ditibai apa yang terhidang, semua nak rasa. Macam semalam Batrisya sampai terlompat-lompat salah kena sebab banyak sangat makanan favorite dia, ada kambing, abc ada lontong ada rendang ada sate dan macam-macam lagi le....

Hubby sampai-tergelak-gelak balik story tengah malam gelagat Batrisya. Alhamdulillah Batrisya masih ok. Tapi Aliif memang kena bawa ambil gas pagi tadi dan dapat mc sebab lelah. Adam dah seminggu on dan off demam + batuk. 
Tapi tak apa ya, minggu depan ada kenderi anak buah nak pergi belarak. Jadi cuma satu jemputan saja la. Ahad mesti letih punya kasi rehat. Minggu satu lagi balik kedah sebab kenderi belah lelaki. Jadi tamat sudah jamuan raya. Kampung tak ada la open house macam kat kl ni sampai sebulan. Kenduri kawinpun masa cuti sekolah aje. Jarang nak dibuat masa tak cuti sekolah. Kecualilah kenduri anak buah hubby ni. Memang lain sikit daripada orang lain. Sebabnya  bukan masa cuti sekolah. Time dekat dengan PMR lagi.  Tapi itukan saja masa yang telah dipersetujui so proceed saja la.....

Thursday 15 September 2011

Open House

Hai, minggu ni cuti 3 hari. Seronoknya. Jumaat basuh baju, lipat baju, cuci bilik air dari pagi sampai la malam. Sabtu masak untuk kawan-kawan anak. Pas tu pergi beraya sampai malam. Ahadpun sama. Lepas tu isnin, kerja balik. Hai cepatnya masa berlalu. Puasa baru dapat ganti 2 hari. Dah nak masuk minggu ke tiga, kemudian, tak lama lagi dah raya haji pulak. Raya lagi. Makan lagi .......

Sunday 24 July 2011

Esok Bawa Grand Livina Ke Office

Hari sabtu lepas, Grand Livina dah sampai. Terus test bawa ke Kuang. Pi makan kenduri. Hubby bawa. Petang pulak aku yang test drive bawa anak-anak. Hari Ahad pulak jalan pi salon. Esok aku akan drive ke office. Kalau sebelum ini aku bawa Kelisa saja tupun tak berapa nak lepas kalau bab-bab parking atau acara reverse. Selalunya macam ular melengkok saja. Pusing streng ke lain tayar pi ke lain. Kalau bab parking reverse memang out punya. So aku tidak akan sekali-kali ambil jalan pintas yang menyalahi rang undang -undang malaysia atau rang undang-undang parking kakitangan. Takut bertembung kereta lain tak pandai nak reverse atau helik.

Cam mana ya. Susah hati betul bila teringatkan hari esok. Satu nak masuk parking dah lah berliku kena turun 3 tingkat. Dapat pulak parking tepi tiang. Oh susahnya hatiku....Tapi aku bertekad apapun tetap akan ku cuba. Aku pasti boleh ....

Thursday 7 July 2011

Bahagianya Nak Beli Grand Livina

Hari ini dah submit dokumen untuk beli Grand Livina. Semangat yang pudar hari tu dah hidup semula. Harap-harap tak ada apa-apa masalah. pakai faks sahaja. Menurut budak yang kerja dengan Tan Chong, sekarang ni dah introduce system baru. First kena check dulu rekod kewangan, kalau ok baru bank akan call for interview. pass tu baru submit 1 % untuk booking. Kereta dah sampai baru bayar 10% untuk deposit. So ikut sistem baru ni memang susah syarikat kereta nak play around dengan harga. Menurut budak tu lagi, banyak syarikat yang mengaku sakit. Aku tak la berapa nak faham sangat. Tapi aku setuju jugak dengan kewajipan bayar 10% deposit ni.  So tak ada la kereta berlambak-lambak dijalan raya. Tak la jadinya budak yang baru kerja sebulan duapun dah pakai kereta, sedangkan duit minyakpun masih belum lepas.

Sekarang aku tunggu.... Jiwapun dah start rasa bahagia. Dah lama rasanya kami tak bergerak sekeluarga selepas keta Naza jadi tukun dihadapan rumah kami tu.. Cam mana ya. Nak repair ke?  Perlu modal jugak tu.  Loan banyak lagi. Kalau jualpun tak lepas nak bayar loan. So jalan terbaik repair jugak le. Banyak modal tu sebab kena tukar enjin. Tapi lebih baik daripada dibiarkan jadi tukun kat depan rumah tu. Sakit mata jiran aje yang memandang. So nasihatku  .... Kalau nak guna kereta untuk heavy duty iaitu pi kerja, balik kerja, balik kampung, jalan-jalan hujung minggu  dinasihatkan sekali lagi JANGAN BELI NAZA.  Sekali enjin meragam, menangis 3 hari 3 malam pun belum tentu cukup modal nak buat repair keta tu..

Banyak juga perkara-perkara yang tak diduga berlaku dalam hidup aku dalam seminggu dua ni. Tapi lain kali ya aku tulis.

Tuesday 21 June 2011

Ambil Result Anak

Hari sabtu minggu lepas merupakan hari paling sibuk. Pukul lapan saja dah ke Sekolah anak-anak. Ambil result katakan. Yang darjah 5, dulu bagus sekarang dah ko. Darjah 2 ok. Semua dapat A. Tapi yang paling sedih sekali sibongsu. Semua fail.  Si bongsu ni kena masuk kelas pemulihan. Dah 6 bulan masuk darjah 1 tapi belum pandai baca. Cikgu cakap kalau nak ajar dalam 20 minit aje ok. Lepas tu dia dah hilang minat. Dalam kelas blur saje. Kalau masuk geng bising, maka main aje kerja dia. Kalau kat rumah cakap bukan main banyak. Tapi kalau dalam kelas diam aje. Cikgu tanya pun susah nak jawab.

So cikgu pun terangkan macam mana nak ajar. Buat macam baru masuk tadika. Mula-mula pilih huruf pas tu suruh dia cantumkan. Jadi setiap parents tu lama la jugak mengadap cikgu. Hubby ambil result untuk 2 anak plus waiting untuk 2 giliran untuk 2 anak tu equal dengan aku ambil result untuk sibongsu plus ngan que seorang parents didepan aku. Wa tengok berapa lama punya ambil masa ngadap cikgu.Maklum la kelas pemulihan katakan. Tentu parent nak tau sangat-sangat perkembangan anak masing-masing.

Ok la lepas dah pening-pening tengok result, kamipun pi breakfast. Dah siap breakfast, terus ke show room kereta. Tengok Toyota Rush dan try pandu. Hubby la. Siap bagi maklumat untuk submit pada bank. Tapi belum sempat sampai rumah, hubby dah buat keputusan lain pulak. Dia nak tengok Grand Livina la pulak. Tension betul.  So hari ini pihak Bank dah siap call nak interview for loan. Tapi nak buat cam mana, cakap la aje kat peg bank tu, lom decide lagi nak beli keta apa.

Tunggu ......

Sunday 8 May 2011

Sakit Kepala

Minggu ini asyik sakit kepala sahaja. Start daripada Isnin minggu lepas hinggalah dah nak masuk Isnin 8hb. Sakit kepala tak hilang lagi. Petang tadi dah telan 2 biji panadol extend. Tidur kejab. Bangun ok. Boleh gak makan. Sekarang dah pukul 12.30 mlm sakit muncul semula. Bimbang juga jangan2x tekanan darah naik ke. Tapi tak pernah pula selama ni... Nak kata stress, ok je tak ada apa-apa tekanan. Hujung minggu lepas ke Sabah, bilik latihan tak ada aircond, panas tapi itu beberapa jam saja. Lepas tu aircond ada balik. Mungkin itu kot sebabnya sakit kepala tu tak hilang-hilang... sekarang dah start berdenyut-denyut.. Ok nak turun bawah kejab, minum air dan tido.....(rancangan jangan tido lagi baru habis dan news tv3 baru aje tutup). Aik itu suara hubby dan anak. Bincang bola agaknya.  Biarkan.....

Saturday 30 April 2011

William & Kate

Rakyat Malaysiapun sama memeriahkan/menyibuk meraikan perkahwinan william & kate. Bukanya selalu ya, 30 tahun sekali.!

Saturday 23 April 2011

Cuti hujung minggu

Hai seronoknya bila tiba hujung minggu, dapat bersama-sama dengan keluarga. Tapi yang tak bestnya dari pagi sampai petang, masuk baju dalam mesin, jemur baju, angkat baju.. yang paling tak berapa nak suka lipat baju. So kena la sub con, tapi sub con ni pula malas semacam aje..Lipat half way dah hilang masuk bilik. Apa lagi kalau bukan you tube dan face book, kalau bukan streaming chong wei dah tentu lin dan. Obses betul la budak ni. Kalau yang tu ok gak, jangan yang lain sudah la...Hubby pula, katanya ke surau. Bagus la tu, bukannya selalu, kadang-kadang aje. Tapi biar kadang-kadang jangan tak langsung! So tinggallah aku dan anak-anak kat rumah. Yang besar seperti yang aku cakap tadi la, dalam bilik FB & YT.

Yang nombor 2 pulak tengah kroh...kroh.. Yang no 3 dan 4 asyik masuk YT tengok kamen rider.  Yang no 5 aje duduk sama ngan aku kat ruang tamu ni.  Nak tau kenapa yang no 5 ni tak geng dengan yang lain? 1- Sebab dia pompuan, yang lain semua lelaki. 2-sebab dia tak pandai baca dan tulis lagi. Jadi tak da la nak geng ngan yang lain.

Si bongsu ni aku dah habis akal, tak tau nak ajar  macam mana, dah darjah satu tapi masih belum pandai baca. Kalau anak-anak yang lain, paling-paling komanpun bila masuk aje bulan Nov(tahun sebelum nak masuk darjah satu) semuanya dah pandai baca. Yang bongsu ni aje lain sikit. Frust betul, pompuan pulak tu.. Yang lelaki memang  tak rajin sangat, tapi pandai jugak. Ini pompuan, nak kata ikut aku, aku tak la ngok sangat walaupun masa masuk darjah satu dulu-dulu memang tak kenal Aa, Bb Cc. Tapi dulu kan tak ada tadika. Masuk aje darjah satu baru start belajar a b c tapi akhirnya sebelum tamat darjah satu, aku dah pandai baca dan buat matematik.  Si bongsu ni aku tengok, tak ada keinginan langsung nak belajar. Tapi kalau bab-bab yang lain ok aje. Sosial no 1, make up no 1, fesyen no 1. Tapi bab-bab baca ni malas sungguh dia. Baca A sampai Z boleh tapi rasanya hafal aja. Tak kenal huruf. Bila tunjuk huruf R dikatanya apa-apa huruf yang teringat dik kepala otak dia. Bila gertak sikit dah nangis.

 Aku pulak memang cepat naik darah, memang tak ada tokoh langsung nak jadi cikgu. Dah give up  nak coach kat rumah.  Harap teacher umi kat kafa aje tolong ajarkan. Dulu masa tadika cikgu ajar pakai konsep tak payah eja, terus aje baca. Tapi bila masuk darjah satu ni, nampak gaya cikgu dah ubah cara, bunyi macam mengeja pulak  M A M A.  Cadang nak tengok dulu sebulan dua macam mana. Kalau tak jalan jugak nak kena ambil langkah drastik... Tapi apa langkah drastik tu ya...Nanti aku fikirkan... alternatif 1 ????  alternatif 2 ???? alternatif 3 ????.

Thursday 21 April 2011

Tak sabar rasanya...

Tak sabar rasanya nak baca karya terbaru anis ayuni.

Saturday 16 April 2011

Teringat kawan lama

Salam. Malam ni rasa teringat pula nak contact semula rakan-rakan lama. Apa khabar agaknya semua kawan-kawan masa di Sekolah Menengah Baling Kedah dan Sekolah Menengah Kuala Pegang. Teringat pula Zuraidah, Fauziah, Hashimah, Hamidah, Jah, Zakiah, Wan Norma, Sarimah dan ramai lagi. Yang lelaki pulak siapa ya, Amran, Pak Long, Suhaimie err... sapa lagi ya ...

Setiap kali balik kampung, mesti teringat nak cari Zuraidah, tapi tak sampai-sampai jugak hajat tu.. Balik kampung cuma sempat pendang - baling, baling --pendang, lepas tu balik kl.

Harap-harap lepas ni. Dapat la jumpa..