Tuesday 8 October 2013

Laksa Johor Resepi Yang Penuh Dengan Sayuran : Menu Sihat Sesuai Untuk Hidanagn Seisi Keluarga

Aku asal Kedah tetapi sejak kenal laksa Johor ni aku dah berubah citarasa. Sebab utama suka laksa johor ialah banyak sayur-sayuran. Makanan sihat. Bab santan pulak aku guna sikit sahaja. Kurangkan santan. Kuah pulak aku siapkan cair sikit. Customise daripada resepi asal.

Bahan utama:
  • 2 bungkus mee kuning @ 1 bungkus spageti.  Mee dicelur dan ditos. Kalau spageti pula direbus dgn sedikit minyak dan ditoskan. Aku guna mee sahaja sebab nak cepat. Kalau Spageti tu lama sikit nak rebus.

Bahan-bahan di bawah dipotong ikut citarasa sendiri. Kecil /besar/nipis ke suka hati sendiri.
BAHAN A

  • 3 tangkai panjang panjang
  • 1 biji timun
  • 2 biji bawang besar
  • 1 mangkuk tauge
  • 4 tangkai daun kesom
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 biji limau nipis
  • 3 helai daun salad


Semua bahan dibawah disatukan dan diblend. So jadi la sambal belacan. Malas nak tumbuk. Kalau nak sambal belacan yang pekat pastikan air perahan jawa tu pekat dan bila masuk blend dalam lingkungan separuh daripada bahan yang diblend.

BAHAN B


  • belacan sebesar ibu jari
  • 3 biji cili merah dibuang biji
  • 5 biji cili api
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • air asam jawa 1/3 cawan
Bahan untuk masuk ke dalam kuah laksa johor
BAHAN C

  • 1 batang serai diketuk. Boleh guna hulu lesung batu.  (Cara ini katanya menjadi ubat cancer tau).
  • 2 tangkai daun kesom
  • 1 kuntum bunga kantan (kalau bunga besar guna la setengah. suka hati la.) Potong 4 ke 8 atau potong kecil-kecil tak ada salahnya.
  • 1 kg ikan kembong direbus. Diambil isi dan diblend bersama air rebusan tadi. Tulang dan kepala dibuang. Tak payah ambil nanti benak anak-anak makan. Masa rebus tu pastikan air 1 inci melepasi paras ikan. Guna ikan kembung sebab sedap dan tak ada salahnya. Selain drp itu tak gatal dan taklah mahal sangat. Ikan kurau masin pula tak letak sebab takut gatal. Anak-anak ada penyakit kudis so bimbang la nak bagi benda-benda gatal ni.
  • 200 gram santan 
  • 5 keping asam keping/gelugur
  • garam secukup rasa

     Bahan untuk tumisan

     BAHAN D
  • 2 bungkus rempah cap alagappa (rempah ini tak pedas)
  • 2 sudu besar cili boh/giling
      BAHAN E
  • 10 biji bawang merah 
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai dipotong nipis

 Blend Bahan E dengan 1 cawan air dan satukan dengan Bahan D. Tambah air jika pekat.

 Cara membuat kuah:
  • Dapatkan periuk yang sesuai takut nanti masa mendidih, kuah akan membuak-buak keluar.
  • Masukkan minyak dalam 1/3 cawan dan panaskan api
  • Bila minyak panas masukkan Bahan D dan E yang telah disatukan.
  • Kacau di atas api sehingga bau rempah hilang. Kacau macam tumis gulai.
  • Masukkan santan,  ikan yang siap di blend, 1 batang serai yang diketuk, 2  tangkai  daun kesom, bunga kantan yang dipotong tadi, 5 keping asam keping/gelugur dan garam secukup rasa. Tambah air mengikut citarasa masing-masing. Kalau laksa johor selalunya pekat. Tetapi aku suka cair sikit.
  • Kacau sekali sekala hingga mendidih dan pastikan  jangan mengelagak hingga terkeluar periuk.
  • Tutup api dan hidangkan.
  • Makan ramai-ramai lagi sedap.
  • Kalau ikut keluarga aku resepi di atas adalah untuk 7 orang family aku.
Kuah Laksa Johor
Kuah laksa Johor

Hidangan laksa Johor
Hidangan laksa Johor
Hidangan laksa Johor
Hidangan laksa Johor




Friday 26 July 2013

Tepung Pelita



Tepung pelita
Tepung pelita dimasukkan dalam bekas
Tepung pelita
Tepung pelita semasa mengacau

Tepung pelita
Tepung pelita dalam 4 bekas
Bahan-bahan 


1 cawan tepung beras1 cawan gula5 cawan air4 sudu besar tepung beras(ratakan)1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit airsedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

  • Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati (A)
  • Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan  (B)
  • Masakkan tepung  beras yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  • Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai.Boleh juga gunakan cawan lutsinar supaya nampak cantik. Kalau daun pisang lagi sedap.
  • Masak bahan B yg diadun tadi  dan kacau sehingga pekat.
  • Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
  • Sejukkan


Pulut Seri Muka

Pulut Seri Muka
Pulut seri muka dalam periuk pengukus

Pulut Seri Muka
Pulut seri muka yang siap dipotong


Pulut Seri Muka
Pulut seri muka yang siap dipotong

Bahan-bahan

Lapisan Bawah:
50 gm santan serbuk + 2 cawan air
1 sudu teh garam, masukkan ke dalam santan
500 gm beras pulut

Lapisan atas:
2 helai daun pandan diblender dengan 1/3 cawan air dan ditapis
1/2 sudu teh garam
3 biji telur
100 gm santan serbuk + 2 1/2 cawan air
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung

1 cawan gula

Cara membuatnya:

1.Panaskan periuk pengukus
2.Basuh beras pulut  dan masukkan dalam loyang dan pastikan kuantiti beras dalam loyang tu separuh sahaja. Sebab bila nak masukkan kepala nanti tak muat pulak.
3.Masukkan santan, garam dan kacau supaya serata garam.
4.Kukuskan bahan tadi dan pastikan wap tak keluar ya.
5.Bila pulut dah masak, keluarkan daripada pengukus.
6. Balut  senduk dengan plastik jernih supaya tidak melekat semasa nak mampatkan pulut.
7.Tekan pulut hingga mampat.
8.Masukkan semua bahan untuk lapisan atas  dan blender(supaya tidak berketul) 
9.Masukkan loyang yang berisi pulut ke dalam pengukus dan tuangkan lapisan atas yang siap diblender
10.Kukus hingga masak. Cara nak tau dah masak ke belum sila cucuk dengan hujung garfu, kalau tidak melekat maknanya dah masak la tu. Boleh angkat dan sejukkan. Oh ya, kukus dalam masa 15 minit dan buka untuk semak, sambil-sambil tu lap ya tudung periuk pengukus supaya wap tak jatuh ke atas lapisan atas tadi. Continue kukus lagi 10 minit. Check la dulu masak ke belum. Tapi kalau api besar rasanya dalam 25 minit dah masak.

Cara-cara yang dinyatakan disini saya belajar daripada Kak F semasa duduk di UK dulu. Selamat mencuba.

Tuesday 2 July 2013

Masih relevankah aku

Sungguh berbeza rasanya antara dulu dan sekarang. Terjaga dari tidur rasa lenguh seluruh badan. Pinggangpun rasa sakit. Susah rasanya nak bangun tidur. Bila sembahyang subuh tak boleh rukuk properly. Begitu juga bila turun aje dari kereta rasa jalan terhuyung hayang. Lenguh rasa seluruh badan. Beginikah rasanya bila usia makin mengenjak senja. Tapi rasanya macam masih tengah hari lagi. Tapi mengapa ya prestasi aku sangat-sangat menurun. 

Bila masuk kursus memang boleh faham apa yang penceramah cakap. Tapi tak dapat nak tulis macam dulu-dulu. Kalau tulispun tak dapat baca balik. Kalau dulu cantik aje note aku jika masuk kursus. Begitu jugak kalau masuk meeting tak boleh nak ambil note tapi faham. Kenapa begini jadinya..Otak juga makin cepat lupa. Punch dan tak punch jugak boleh tak berapa ingat.  

Oh teruk rasanya. Memang ada plan nak pencen awal. Tapi takut pula, hutang tak habis lagi. Anak baru nak masuk universiti. Banyak tahun lagi nak survive sampai umur 55. Umur 55 baru pencen jalan. Kenapa la under SSM tak diberi pilihan untuk pencen awal dan gaji jalan. Macam Telekom nak buat. So government tak yah nak prepare lump sum duit bagi kat sapa nak pencen. Cuma bagi bulan-bulan aje. Cam tu rasa save sikit ada pendapatan monthly walau tak banyak. Kalau ada cash in hand dalam kuantiti yang banyakpun takut jugak. Bimbang overspend. Lepas tu terkulat-kulat, mana nak cekau.

Hope under SSM yang sedang dikaji tu ada la option untuk orang macam aku ni.

Saturday 29 June 2013

Floria Putrajaya 2013

Hari ini aku dan keluarga melawat floria kat putrajaya. Esok last day. Nasib baik sempat juga berkunjung. Banyak bunga yang dah kecut. Tapi bunga yang menjadi  tema ialah orchid. Tak kecut punya. Masyaallah banyaknya spesis orchid ni. Semuanya cantik-cantik.Ada pelbagai warna dan saiz. Ok disini aku perturunkan gambar-gambar menarik kunjungan aku dan family ke sana.

Orchid kuning cantiknya.

MisRasa
Orchid berbunga kecil























Saturday 16 March 2013

Selamat Hari Lahir Abah

Selamat hari lahir
Selamat hari lahir
Selamat hari lahir Abah
Selamat hari lahir

Hari ini tanggal 16 Mac maka genaplah usia abah 50 tahun. Bermakna telahpun masuk kelab warga emas. Walaupun pada lahiriahnya telah lama masuk sebab rambut sudah putih 100%.

Semoga diberi kesihatan, keselamatan, kekuatan dan rezeki yang berlipat ganda.  Dengan bertambahnya usia Abah,  moga diberi kesedaran, keinsafan dan dipertingkatkan keimanan.

Amin amin...semoga kita semua tidak terlambat..
Walaupun teknologi terlalu cepat.. Facebook, Twitter, Youtube..eNovel.. wartamaya dan entah apa-apa lagi......

Kami semua memerlukan bimbingan...