Sunday 16 September 2018

Pokok Tekoma di Bandar Baru Bangi

Pokon tekomanya selalunya berbunga dua kali setahun dalam sekitar bulan mac-april dan ogos ke september. Bila musim tekoma berbunga pemandangan menjadi sungguh indah. Bak bunga sakura di negeri jepun. Bila bunga tekoma berguguran, kawasan sekitar akan dilitupi dengan bunga tekoma. Di bandar baru bangi, bunga ini ditanam di bulatan yang menghala ke seksyen 7 dan seksyen 4. Pokon tekoma juga ada dikiri dan kanan jalan seksyen 4 tambahan berhadapan dengan kedai perabot dan lazim frozen food.  Tekoma juga ditanam di taan mainan kanak-kanak di seksyen 4 tambahan dan berhadapan dengan restoren d'kali-kali. Juga terdapat di padang permainan kanak-kanak seksyen 4/9F Bandar Baru Bangi. Terdapat dua warna iaitu putih dan pink.

 Berhadapan restoren d'kali-kali seksyen 4 tambahan
 Taman permainan kanak-kanak dihadapan restoren d'kali-kali seksyen 4 tambahan
  Taman permainan kanak-kanak dihadapan restoren d'kali-kali seksyen 4 tambahan
  Jalan menuju ke hadapan ke bulatan seksyen 4 tambahan
 Jalan menuju ke hadapan ke bulatan seksyen 4 tambahan
 Jalan menuju ke hadapan ke bulatan seksyen 4 tambahan

                                    Jalan menuju ke hadapan ke bulatan seksyen 4 tambahan

  Jalan menuju ke hadapan ke bulatan seksyen 4 tambahan
Taman- Permainan Kanak-kanak  Seksyen 4/9F Bandar Baru Bangi

Taman- Permainan Kanak-kanak  Seksyen 4/9F Bandar Baru Bangi

Tempat menarik di Bentong Pahang

1.Hutan Lipur Konifer
Lokasi Hutan Lipur Konifer ini letaknya di Bukit Tinggi dan berdekatan dengan lebuhraya.  Sehala dengan destinasi Janda Baik. Seperti namanya hutan konifer maka tempat ini sememangnya dipenuhi dengan pokok-pokok konifer. Bagi yang suka bergambar dan nak kelihatan seperti percutian luar negara maka amat sesuai bergambar disini. Turut disediakan tempat berehat dan laluan bersimen untuk memudahkan pelancong explore pokok-pokok konifer ini. Kalau nak suasana berkabus datang awal pagi. Kawasan ini masih dikelilingi dengan hutan dan bukit. Sesuai juga untuk pre-wedding photoshoot. Tempat ini percuma dan terbuka. Anytime boleh masuk. Tapi jangan datang waktu malam pulak...tak nampak pokok konifer...





2.Janda Baik
Janda Baik merupakan destinasi percutian yang baik kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini. Bagi yang suka hiking ..boleh saja, berbasikal, kalau yang suka mandi manda juga ada sungai berbatu dengan air yang bersih dan sejuk. Bagi yang suka sunyi dan gemarkan kicauan burung-burung juga boleh memilih pelbagai resort yang bersesuaian. Sesuai untuk destinasi berbulan madu.. Janda baik masih dikelilingi dengan hutan simpanan tapi jangan bimbang..tempat ini dipenuhi dengan kedai-kedai makan dan salah satu daripadanya adalah sup tulang di simpang tiga kampung sum-sum hulu Janda baik. Mesti cuba ya... Janda Baik juga sesuai untuk pokok kantan disebabkan tanahnya yang lembab dan berhutan. Berdekatan dengan kedai sup tulang ada pokok-pokok kantan..sila ambil foto. Pasti anda akan terpegun dengan gambarnya seperti 3D....