Saturday 26 January 2013

Taman Wetland

Minggu ni ambil cuti sehari dapat 5 hari. Bawa anak-anak jalan kat taman wet land. Hajat hati nak naik menara tinjau tapi malangnya tutup pula. Hubby dah janji nak coach kami semua naik sampai atas. Hari tu dah pergi. Hubby aje naik sampai atas tak ingat aku dan anak-anak. Kami naik separuh tapi bila pandang bawah rasa gayat pulak. So tak kesampaian untuk ke atas. Kali ni dah janji awal-awal,hubby mesti bawa aku dan anak-anak hingga sampai atas. Tup tup tutup pulak.. Tapi walau macam manapun kami sempat shot gambar beberapa binatang dan bunga kat taman tersebut. Ni ha gambarnya.. enjoy coz aku baru beli camera canon yang boleh zoom 12x. Hu..hu....boleh zoom buaya, landak, burung tapi badak aje tak nak timbul. Sombong betul dia.
Itik Jawa

Itik Nila

Buaya sedang bersantai

Buaya nak turun ke kolam

Pakar serang hendap

Landak ada 2 ekor


Wow bila  durinya kembang



Bunga raya

Bunga kertas



Friday 18 January 2013

Mangkuk Tingkat



Tiap hari sampai rumah dah dekat pukul 7 ptg. Nak masakpun rasa tak ada mood plus letih.  Kalau isi peti ais penuhpun tinggal buat hiasan batu saja. Tapi time tak ada stok rasa rajin pulak. Kesian anak-anak bila sampai rumah aje  dah mengadu lapar. Kalau nak masak dekat 9 malam baru boleh makan. Kalau nak ke kedai pulak nak kena siap-siap dulu.  So alangkah happynya kalau balik everything dah siap.  Last week tengok dalam Majalah 3 ada cerita mangkuk tingkat. So why not aku cuba buat seminggu. Tanpa berlengah lagi aku dahpun booking secara online. Start isnin nanti akan ada la penghantaran lauk untuk dinner. Pesan anak letak nasi aje. Itu untuk hari bekerja aje. Kalau hari biasa boleh cuba skill memasak aku. So waktu malam tu boleh prepare untuk persediaan ke sekolah next day. Tak letih sangat.  Baju pulak minta anak lelaki tolong basuhkan. Tapi not good coz air berkarat. Banyak baju kelihatan kusam aje. Tambah-tambah baju sekolah. Nampak putih semacam aje. Week end bawa pergi dobi. Siap lipat lagi. Oh makin senang hidup aku... Tapi duitnya saja yang kena prepare... Cukup bulan elek...walaupun gaji memang  lebihlah kalau setakat perbelanjaan makan minum dan belanja sekolah anak.  Ok wait hari Isnin nak try lauk mangkuk tingkat.  ..

Saturday 5 January 2013

Review Novel : Awak Suka Saya Tak

Pengarang : Melur Jelita
Awak Suka Saya Tak -Cover Depan
Awak Suka Saya Tak -Cover Depan

Walaupun dah lama novel ini berada dipasaran, baru bulan lepas aku berkesempatan membaca novel ini. Itupun selepas google "bestseller novel melayu", terjumpa la novel ini yang kononnya mendapat sambutan yang cukup hebat. Puas cari kat kedai, semuanya dah sold out. Last-last order online.

Helaian demi helaian memang tidak menjemukan. Watak Muhammad Hilman Yong Abdullah  sungguh mengkagumkan. Anak yang soleh, umat muhammad yang taat, bos yang tegas, lelaki yang macho, kaya dan mahir serba serbi. Pandai martial art, menunggang dan boleh memasak. Hebat sungguh digambarkan lelaki ni.

Heroiannya pula pada awal digambar sebagai anak orang kaya yang gemok dan baik hati. Kerana terjatuh cinta kepada pak we rakannya sendiri maka dia sanggup berkorban harta dan tenaga untuk keduannya. Hinggalah terbuka rahsia yang dirinya diperguna dan perkuda. Maka si heroain pun berusaha untuk langsing jelita dan dalam masa yang sama terus berjaya dalam pengajiannya.

Membaca novel ini dari helaian pertama hinggalah helaian yang terakhir memang tidak menjemukan. Tak terasa untuk melangkah walaupun seayat. Terasa diri ini melayang dan masuk bersama di dalam cerita ini.  Part yang menyeronokkan bila Hilman bertemu semula dengan Intan di Resort milik keluarga Hilman di Terengganu. Sungguh seronok bila Intan belajar menunggang kuda. Dah tu Hilman pulak yang jadi sifunya. Kelakarpun ada, bila Intan asyik terkena aje.. Tetapi setiap perbualan antara ke duanya sungguh memberi makna. Setiap ayat disusun sungguh indah, membuka minda, menginsafkan jiwa. Jika baca buku agamapun tak dapat feel seperti ini.

Melur Jelita juga sungguh bijak menggambarkan kekayaan keluarga Hilman Yong. Aku seperti terbayang-bayang macam mana la rupa rumah Hilman ya. Lengkap dengan lif. Siap ada kolam renang kat tingkat atas. Pas tu siap ada pergola lagi. Semasa Hilman membawa Intan makan masakan kampung yang lengkap dengan budunya aku terasa terliur-liur dengan hidangan. Apatah lagi pelbagai ulaman plus dengan budunya. Ada ke tempat tu ya..teringin nak ke sana.

Semasa Himan kehilangan memori akibat kemalangan kuda paling mengharukan. Seperti terasa suatu kehilangan dan kekosongan. Endingnya juga sungguh memuaskan hati. Siap kahwin, kenduri ke dua-dua pihak. Hilman keluarga Cina plus Intan Melayu. Sungguh 1 Malaysia. Intan  dan Hilman siap berbulan madu ke seentero dunia. Dah tu siap bunting pelamin lagi. Fuyoo happy ending sangat-sangat. Aku suka "Awak Suka Saya Tak" !

Ringkasannya :
(1)Wajib beli dan baca
(2)Lain dari yang lain
(3)Dapat pengetahuan
(4)Dapat pengajaran
(5)Dapat keinsafan
(6)Aku kasi lima bintang