Tuesday 8 October 2013

Laksa Johor Resepi Yang Penuh Dengan Sayuran : Menu Sihat Sesuai Untuk Hidanagn Seisi Keluarga

Aku asal Kedah tetapi sejak kenal laksa Johor ni aku dah berubah citarasa. Sebab utama suka laksa johor ialah banyak sayur-sayuran. Makanan sihat. Bab santan pulak aku guna sikit sahaja. Kurangkan santan. Kuah pulak aku siapkan cair sikit. Customise daripada resepi asal.

Bahan utama:
  • 2 bungkus mee kuning @ 1 bungkus spageti.  Mee dicelur dan ditos. Kalau spageti pula direbus dgn sedikit minyak dan ditoskan. Aku guna mee sahaja sebab nak cepat. Kalau Spageti tu lama sikit nak rebus.

Bahan-bahan di bawah dipotong ikut citarasa sendiri. Kecil /besar/nipis ke suka hati sendiri.
BAHAN A

  • 3 tangkai panjang panjang
  • 1 biji timun
  • 2 biji bawang besar
  • 1 mangkuk tauge
  • 4 tangkai daun kesom
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 biji limau nipis
  • 3 helai daun salad


Semua bahan dibawah disatukan dan diblend. So jadi la sambal belacan. Malas nak tumbuk. Kalau nak sambal belacan yang pekat pastikan air perahan jawa tu pekat dan bila masuk blend dalam lingkungan separuh daripada bahan yang diblend.

BAHAN B


  • belacan sebesar ibu jari
  • 3 biji cili merah dibuang biji
  • 5 biji cili api
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • air asam jawa 1/3 cawan
Bahan untuk masuk ke dalam kuah laksa johor
BAHAN C

  • 1 batang serai diketuk. Boleh guna hulu lesung batu.  (Cara ini katanya menjadi ubat cancer tau).
  • 2 tangkai daun kesom
  • 1 kuntum bunga kantan (kalau bunga besar guna la setengah. suka hati la.) Potong 4 ke 8 atau potong kecil-kecil tak ada salahnya.
  • 1 kg ikan kembong direbus. Diambil isi dan diblend bersama air rebusan tadi. Tulang dan kepala dibuang. Tak payah ambil nanti benak anak-anak makan. Masa rebus tu pastikan air 1 inci melepasi paras ikan. Guna ikan kembung sebab sedap dan tak ada salahnya. Selain drp itu tak gatal dan taklah mahal sangat. Ikan kurau masin pula tak letak sebab takut gatal. Anak-anak ada penyakit kudis so bimbang la nak bagi benda-benda gatal ni.
  • 200 gram santan 
  • 5 keping asam keping/gelugur
  • garam secukup rasa

     Bahan untuk tumisan

     BAHAN D
  • 2 bungkus rempah cap alagappa (rempah ini tak pedas)
  • 2 sudu besar cili boh/giling
      BAHAN E
  • 10 biji bawang merah 
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai dipotong nipis

 Blend Bahan E dengan 1 cawan air dan satukan dengan Bahan D. Tambah air jika pekat.

 Cara membuat kuah:
  • Dapatkan periuk yang sesuai takut nanti masa mendidih, kuah akan membuak-buak keluar.
  • Masukkan minyak dalam 1/3 cawan dan panaskan api
  • Bila minyak panas masukkan Bahan D dan E yang telah disatukan.
  • Kacau di atas api sehingga bau rempah hilang. Kacau macam tumis gulai.
  • Masukkan santan,  ikan yang siap di blend, 1 batang serai yang diketuk, 2  tangkai  daun kesom, bunga kantan yang dipotong tadi, 5 keping asam keping/gelugur dan garam secukup rasa. Tambah air mengikut citarasa masing-masing. Kalau laksa johor selalunya pekat. Tetapi aku suka cair sikit.
  • Kacau sekali sekala hingga mendidih dan pastikan  jangan mengelagak hingga terkeluar periuk.
  • Tutup api dan hidangkan.
  • Makan ramai-ramai lagi sedap.
  • Kalau ikut keluarga aku resepi di atas adalah untuk 7 orang family aku.
Kuah Laksa Johor
Kuah laksa Johor

Hidangan laksa Johor
Hidangan laksa Johor
Hidangan laksa Johor
Hidangan laksa Johor




No comments:

Post a Comment