Friday 26 July 2013

Pulut Seri Muka

Pulut Seri Muka
Pulut seri muka dalam periuk pengukus

Pulut Seri Muka
Pulut seri muka yang siap dipotong


Pulut Seri Muka
Pulut seri muka yang siap dipotong

Bahan-bahan

Lapisan Bawah:
50 gm santan serbuk + 2 cawan air
1 sudu teh garam, masukkan ke dalam santan
500 gm beras pulut

Lapisan atas:
2 helai daun pandan diblender dengan 1/3 cawan air dan ditapis
1/2 sudu teh garam
3 biji telur
100 gm santan serbuk + 2 1/2 cawan air
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung

1 cawan gula

Cara membuatnya:

1.Panaskan periuk pengukus
2.Basuh beras pulut  dan masukkan dalam loyang dan pastikan kuantiti beras dalam loyang tu separuh sahaja. Sebab bila nak masukkan kepala nanti tak muat pulak.
3.Masukkan santan, garam dan kacau supaya serata garam.
4.Kukuskan bahan tadi dan pastikan wap tak keluar ya.
5.Bila pulut dah masak, keluarkan daripada pengukus.
6. Balut  senduk dengan plastik jernih supaya tidak melekat semasa nak mampatkan pulut.
7.Tekan pulut hingga mampat.
8.Masukkan semua bahan untuk lapisan atas  dan blender(supaya tidak berketul) 
9.Masukkan loyang yang berisi pulut ke dalam pengukus dan tuangkan lapisan atas yang siap diblender
10.Kukus hingga masak. Cara nak tau dah masak ke belum sila cucuk dengan hujung garfu, kalau tidak melekat maknanya dah masak la tu. Boleh angkat dan sejukkan. Oh ya, kukus dalam masa 15 minit dan buka untuk semak, sambil-sambil tu lap ya tudung periuk pengukus supaya wap tak jatuh ke atas lapisan atas tadi. Continue kukus lagi 10 minit. Check la dulu masak ke belum. Tapi kalau api besar rasanya dalam 25 minit dah masak.

Cara-cara yang dinyatakan disini saya belajar daripada Kak F semasa duduk di UK dulu. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment