Aku ada 5 anak so dapat la 500 ringgit. Boleh la jugak support untuk beli kelengkapan persekolahan tahun hadapan.
Mula-mula hubby ambil result anak darjah 5, result teruk. Tapi aku rasa, kemerosotan tersebut sebenarnya berpunca daripada kesalahhan aku dan hubby sendiri. Kami beli komputer tapi tak buat kawalan penggunaan. So anak darjah 5 ni jadi addict komputer. Kalau sebelum ni, result dia ok la, ada A banyak jugak. tapi penggal ni most of subjek dapat B ke C. So kawalan komputer akan diketatkan walaupun cuti sekolah. Duit 100 ambil.
Seterusnya hubby ambil pula result darjah 2. Alhamdulillah resultnya ok. Subjek English dan Seni dapat B, lain-lain semuanya A. Yang nipun addict komputer jugak tapi cam mana pulak boleh ok pulak result.. Confuse jugak betul ke disebabkan komputer ataupun kurang penumpuan dalam kelas yang menyebabkan si darjah 5 tu teruk sangat resultnya. Tahniah untuk si darjah 2. Tahun depan masuk kelas 3C5. Pas tu hubby ambil 100. Dah jadi 200...
Destinasi seterusnya ialah ke kelas anak darjah 1. Dia ni masuk kelas pemulihan. Dah habis setahun tak juga pandai membaca.. Walau bagaimnapun cikgu cakap dia dah ada peningkatan. Dah boleh baca benda-benda 2 harkat macam BA TU BATA BACA atapun ABAH. Ok la. Guru kelas cakap kanak-kanak yang kategori ini dibahagikan mengikut kumpulan, satu guru pegang 5 orang. Cara ngajarpun kena lain sikit. Tak boleh pressure sebab dia orang ni cepat bosan. So pembelajaran mesti dilakukan ala-ala main-main saja supaya tak bosan. Tapi hasilnya ada peningkatan. Anakpun selalu balik rumah cakap dia orang belajar sambil menari, menyanyi dan main-main.
Lastly tibalah masanya mengambil 100 $$$$. Tapi ada satu peristiwa yang sungguh hilang kejantanan. Nak tau apa kisahnya....
Al-kisahnya seorang perempuan ibu tunggal datang la ke kelas yang sama dengan anak darjah 1, nak tegok result plus nak ambil 100 $$. Rupa-rupanya ex hubby dia dah sekau lebih dulu. datang awal lagi, no 2 ikut giliran. Yang sebenarnya jaga anak tadi ialah si ibu, tapi si bapa yang hanya pandai buat anak ni yang sekau duit gomen bagi.. Tak jantan langsung... Buat malu kaum adam sahaja. Sebenarnya aku tak ikut ke kelas, tunggu kat luar sekolah. Ada sebabnya lain end3 aku cerita. Kita orang, aku, anak d5 dan d2 duduk kat tepi pagar luar sekolah. Eeeee seronok juga rupanya, ingat zaman-zaman dulu. Tengok budak-budak, ingatkan anak aku saja yang comot, tapi rupa2nya ramai budak lain yang sealiran dengan aku.....So standard la maknanya comot giler tu..
Menurut anak aku yang darjah 2, dia dan kawannya yang duduk melepak kat luar pagar tu dah berkawan sejak darjah 1. Kawan dia tu pengawas, hebatkan. nampak bijak budak tu. Pandai komunikasi dengan orang tua dan nampak mature. Patut la cikgu lantik jadi pengawas. Cute aje budaknya. Dia dapat no 5. So dapat la jugak aku berkenalan dengan kawan anak aku..
Disebabkan dah hampir pukul 2, jadi aku EL saja la coz > daripada 3 jam urusan di Hospital dan sekolah. Rasa-rasanya penggal ni ambil result sek rendah aje la. Yang sekolah menengah tu lain hari. Tak kan nak keluar office lagi atau nak cuti lagi...Result yang T4 tupun teruk jugak. Perlu kawalan ke atas komputer.... Yang PMR tu pulak ya la dah sah-sah ambil PMR tunggu aje la result keluar. Dia minat nak masuk MARA. Moga-moga dapat.
No comments:
Post a Comment