Permodalan National Berhad telahpun mengumumkan dividen dan bonus ASB bagi tahun 2018 iaitu dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus sebanyak
0.50 sen seunit. Ramai yang kecewa dengan peratus yang diumumkan walaupun sudah dijangka bahawa kebarangkalian dividen bagi tahun 2018 adalah rendah melihatkan senario semasa.
Tetapi setelah dilihat formula bagi pengiraan dividen dan bonus yang diumumkan oleh PNB iaitu pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus adalah berdasarkan purata baki
pegangan minimum bulanan bagi 12 bulan dalam tahun kewangan dana tersebut.
- Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
- BMB baki setiap bulan perlu ditentukan dahulu bermula Januari sehingga Disember (12 bulan)
- Jumlah BMB = BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya
- Purata BMB = Jumlah BMB dibahagi dengan 12 bulan
Walaupun kadar bonus yang diberikan adalah 0.50 iaitu sama seperti tahun 2016 dan 2015 namun formula pengiraannya bagi tahun 2016 adalah berbeza dimana jumlah bonus dikira seperti berikut:
Jumlah bonus = (Jumlah baki minama bulan Jan 2007 hingga Disember 2016)/120 bulan x kadar bonus
Jadi walaupun kadar dividen agak rendah tetapi penyimpan ASB agak bernasib baik memandangkan cara pengiraan bonus tahun 2018 memberikan pulangan yang agak memuaskan.