Saturday, 5 January 2013

Review Novel : Awak Suka Saya Tak

Pengarang : Melur Jelita
Awak Suka Saya Tak -Cover Depan
Awak Suka Saya Tak -Cover Depan

Walaupun dah lama novel ini berada dipasaran, baru bulan lepas aku berkesempatan membaca novel ini. Itupun selepas google "bestseller novel melayu", terjumpa la novel ini yang kononnya mendapat sambutan yang cukup hebat. Puas cari kat kedai, semuanya dah sold out. Last-last order online.

Helaian demi helaian memang tidak menjemukan. Watak Muhammad Hilman Yong Abdullah  sungguh mengkagumkan. Anak yang soleh, umat muhammad yang taat, bos yang tegas, lelaki yang macho, kaya dan mahir serba serbi. Pandai martial art, menunggang dan boleh memasak. Hebat sungguh digambarkan lelaki ni.

Heroiannya pula pada awal digambar sebagai anak orang kaya yang gemok dan baik hati. Kerana terjatuh cinta kepada pak we rakannya sendiri maka dia sanggup berkorban harta dan tenaga untuk keduannya. Hinggalah terbuka rahsia yang dirinya diperguna dan perkuda. Maka si heroain pun berusaha untuk langsing jelita dan dalam masa yang sama terus berjaya dalam pengajiannya.

Membaca novel ini dari helaian pertama hinggalah helaian yang terakhir memang tidak menjemukan. Tak terasa untuk melangkah walaupun seayat. Terasa diri ini melayang dan masuk bersama di dalam cerita ini.  Part yang menyeronokkan bila Hilman bertemu semula dengan Intan di Resort milik keluarga Hilman di Terengganu. Sungguh seronok bila Intan belajar menunggang kuda. Dah tu Hilman pulak yang jadi sifunya. Kelakarpun ada, bila Intan asyik terkena aje.. Tetapi setiap perbualan antara ke duanya sungguh memberi makna. Setiap ayat disusun sungguh indah, membuka minda, menginsafkan jiwa. Jika baca buku agamapun tak dapat feel seperti ini.

Melur Jelita juga sungguh bijak menggambarkan kekayaan keluarga Hilman Yong. Aku seperti terbayang-bayang macam mana la rupa rumah Hilman ya. Lengkap dengan lif. Siap ada kolam renang kat tingkat atas. Pas tu siap ada pergola lagi. Semasa Hilman membawa Intan makan masakan kampung yang lengkap dengan budunya aku terasa terliur-liur dengan hidangan. Apatah lagi pelbagai ulaman plus dengan budunya. Ada ke tempat tu ya..teringin nak ke sana.

Semasa Himan kehilangan memori akibat kemalangan kuda paling mengharukan. Seperti terasa suatu kehilangan dan kekosongan. Endingnya juga sungguh memuaskan hati. Siap kahwin, kenduri ke dua-dua pihak. Hilman keluarga Cina plus Intan Melayu. Sungguh 1 Malaysia. Intan  dan Hilman siap berbulan madu ke seentero dunia. Dah tu siap bunting pelamin lagi. Fuyoo happy ending sangat-sangat. Aku suka "Awak Suka Saya Tak" !

Ringkasannya :
(1)Wajib beli dan baca
(2)Lain dari yang lain
(3)Dapat pengetahuan
(4)Dapat pengajaran
(5)Dapat keinsafan
(6)Aku kasi lima bintang

No comments:

Post a Comment