Saturday 29 December 2012

Menjelang Tahun Baru

2013 makin menghampiri. Maka akan tamatlah cuti sekolah. Acara-acara anak-anak bangun lewat, berjaga hingga lewat malam dan asyik mengadap komputer. Masing-masing kena tune semula kepada situasi persekolahan. Aku juga kena buat tuning semula. Jalan akan sibuk semula dan persediaan anak-anak persekolah setiap malam dan pagi kena buat. 

Anak-anak lelaki perlu ke kedai gunting rambut. Kasi trim rambut yang dah menghampiri bahu. Yang nak naik tingkatan 1 perlu ke kedai gambar. 4 keping gambar pasport diperlukan. Ke kedai fotostat kerana salinan ic mak bapak anak diperlukan. Baju dah beli, kasut dah beli cuma stoking dan tudung aje yang belum. Yang tu bila-bilapun boleh.

Yang paling leceh sekali ialah nak isi borang nak masuk tingkatan 1. Berkajang-kajang borang diperlukan. Tiap helaian borang perlu isi maklumat ibu-bapa. Macam ibu bapa pulak yang nak masuk sekolah. Siap minta slip gaji lagi macam nak buat loan. Tiap-tiap tahun bagi borang suruh isi. Pening betul la dengan Kementerian ini. Dah bertahun-tahun tak improve. Buat la borang senang sikit. sekeping maklumat ibu, sekeping maklumat bapa, sekeping maklumat anak. Ni tak tak setiap borang tu repeat maklumat ibu, bapa dan tentunya anak.  Faham la setiap borang ada keperluan tersendiri tapi simpified la sikit bagi mudah.  

Harap-harap tahun depan dan tahun-tahun seterusnya dah ok lah sistem online kementerian tu...

No comments:

Post a Comment